Wednesday, December 23, 2009

TERKENANG


44 tahun telah berlalu sejak aku meninggalkan sekolah pertamaku SJK Convent Cameron Highlands. Sangat menyedihkan kerana d situ permulaan apa yang aku perolehi sekarang. Abah yang bekerja sebagai tukang kebun di situ sering membawa aku bermain-main bersamanya sambil menguruskan taman di sekolah. Ibu bekerja di Dalat School dan akan pulang ke rumah seawal jam 5 petang. Maka dalam masa senggang begitu aku akan berlari-lari mengelilingi kawasan sekolah yang besar yang pada suatu masa dulu sebuah biara. Sister Anne, Sister Mary, Sister Martin dan Sister Joanne begitu baik kepada kami. Kami disediakan dengan sebuuah rumah bulat bekas tinggalan tentera British.

Di situ juga abah menemui 3 ketul kristal seakan-akan garam kasar yang melekat pada seketul batu tetapi kemudiannya hilang entah kemana. Di situ juga aku mengenal Teacher Mary yang garang mengajar di kelas tadika. Di situ juga aku ke sekolah tadika selama 3 tahun dan hairan kenapa aku tidak naik ke darjah satu sedangkan kawan-kawanku ku telah lama meninggalkan aku. Di situ juga aku mengenali Shamzan Idris dan adiknya Nur Sharlinda Idris - anak penghulu yang cantik dan berambut tebal ( telah pergi buat selama-lamanya dalam usia muda).

Disitu juga aku mengenali Bianca, Manimekalai, Kumar yang entah di mana lokasinya kini. Sebenarnya aku rindu semua itu. Rindu kepada kedinginan yang membalut tubuh dari pagi hingga ke petang. Rindu kepada asap yang keluar dari mulut setiap pagi menuggu bas sebelum ke sekolah.

Apa yang sebenarnya.... aku rindu kepada Abah yang tidak sempat melihat ku sekolah...

Friday, December 18, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU

Hari ini(19 Disember 2009), genap setahun berkhidmat sebagai pegawai di Majlis Buku Kebangsaan. Sebagai urus setia sebuah organisasi yang kecil di bahagian KPM tetapi mempunyai amanah yang sangat besar membangunkan kalangan penulis dan penerbit di Malaysia. Setahun sudah berlalu terlalu banyak pengalaman yang amat berharga dan sukar untuk dicatatkan sepenuhnya. Pengalaman menguruskan delegasi Malaysia ke International Children's Book Fair 2009 di Bologna , Italy membawa diriku merantau jauh ke negara Eropah terutama Frankfurt dan Italy ( Rome, Venice, Florence dan Bologna sendiri). Pertemuan bersama delegasi antarabangsa dalam Pesta Buku Antarabandsa Kuala Lumpur 2009 dan Pesta Buku Indonesia banyak mengajar aku mengenali mereka yang aktif dalam penerbitan peringkat serantau - ASEAN dan antarabangsa.
Begitu juga dalam bidang penulisan draf cadangan, kertas kerja, teks ucapan dan pelbagai jenis surat menyurat melangkaui pelbagai jenis agensi dan orang perseorangan memuatkan pengalaman setahun seumpama sepuluh tahun . Syukur , dengan latar belakang bidang pengurusan dan perhubungan intrapersonal banyak membantu melancarkan urusan. Penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur juga merupakan pengalaman yang paling berharga dalam membuat brief projek. Dari sebuah organisasi yang kosong, kita bangunkan, seumpama membina sebuah rumah.
Tahun ini juga merupakan detik yang manis, menguruskan aktitviti Pengembangan Budaya Membaca sehingga disiarkan dalam slot Peristiwa, Berita Utama RTM 1. Satu usaha yang tidak sia-sia walaupun terpaksa bergegas dari satu negeri ke negeri.
Januari 2010, datang seperti biasanya tetapi bagi aku, tentu ada perubahan yang ketara.... Umur sudah tentu meningkat setahun lagi. Walau bagaimanapun, cabaran tentu sekali lebih mencabar. Pertukaran ke unit Pembangunan Industri Buku dan Keurusetiaan akam memberikan impak yang besar juga. Di tambah lagi dengan tanggungjawab sebagai pelajar sambilan PhD di UiTM. Bagiku itu bukan beban tetapi cabaran yang mesti ditempuhi. Akhirnya "kalau takut dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai"

Monday, November 23, 2009

BENGKEL PENULISAN DI SANDAKAN

Di Sandakan untuk dua tiga hari ini. sebenarnya satu kepuasan kerana banyak perkara dapat diselesaikan . Pendidik juga mendapat pendedahan daripada Uthaya Sankar SB. Rata-rata guru datang dari 4 daerah dalam Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sandakan : Telupid, Beluran, Kinabantangan dan Sandakan. Kelmarin Sarjuni @ Wak membawa kami bersiar-siar. Dapat makan cobra, jangan terkejut bukannya ular tapi roti canai yang ada topping telur mata kerbau dan kari kambing. Pada mulanya rasa macam tak habis tapi akhir habis juga. Tadi malam kami pergi makan sea food di Oceon Restaurant, enak juga makan sotong goreng telur masin. Hari ini kursus dan bengkel berjalan lagi sehinga malam. Moga mereka mendapat manfaat daripada apa yang dipelajari semoga akan lahir bakat-bakat menulis tersohor dan Group Karyawan dari Sandakan.

Friday, November 20, 2009

KOTA BUKU KUALA LUMPUR


Mesyuarat Brif Kota Buku Kuala Lumpur berjalan dengan lancar dan kesudahan yang amat positif. Kami berjaya menyiapkan hamoir 80% Brif Projek ini di Avilion Admiral Cove yang berlatar belakangkan Selat Melaka. Sungguh indah panoram di sini dan rasa tenang dan nyaman apabila menghadap muka ke laut. Walaupun beba menyiapkan brif agak berat seumpama menyiapkan sebuah tesis, rasa kepuasan tidak terkata. Rakan dalam kumpulan banyak membantu dan input positif dari rakan industri. Terima kasih kepada Ishamudin (EPRD), Dr. Noraziah (IAB), Adli (Perpustkaan KL), Dr. Habibah dan Khairulanuar (ITNM). Rakan-rakan dari industri terutama Mr Lau, Dato' Ivan, Hj. Hassan dan En. Halim. Insyallah Kota Buku akan dapat direalisasikan nanti.

Thursday, November 12, 2009

INDONESIA BOOK FAIR 2009

Tarikh 4 November, kerusi Presiden ABPA beralih ke Malaysia. dalam Mesyuarat Agung ABPA , Atty. Buhain dari Filipina telah menyerahkan jawatan ABPA kepada MABOPA yang diterajui oleh Mr. Law King Hui. Tahniah Mr. Lau! dalam ucapan sulongnya, Mr. Lau telah menyatakan beberapa visinya terhadap perkembangan ABPA. Sejak mula dilahirkan dengan Tahiland sebagai peneraju pertama pada tahun 2005 hingga 2007, diikuti oleh Filipina 2007 hingga 2009 dan kini Malaysia 2009 hingga 2011, ABPA dianggap sebagai bayi yang sedang membesar dan Malaysia akan membesarkan ABPA dengan persekitaran yang baik supaya ia dewasa sebagai insan yang matang. MBKM memegang teraju perhubungan antarabangsa terutama perkara yang berkaitan dengan Pesta Buku Antarabangsa mengambil alih dari Filipina sebelum ini.Hadir bersama semasa jamuan makan tengahari En. Yusram Yusof dan En. Amin Wahab dari MATRADE Indonesia.









Catatan Perjalanan 2


Setelah mesyuarat yang panjang, delegasi ABPA dibawa ke pejabat KOMPAS GRAMEDIA terletak Palmerah Barat, Jarkata. Perjalanan yang macet tidak dirasai sangat kerana kesempatan untuk berbual bersama Dacil dan Breezy memenuhkan waktu. Kompas Gremedia memang sebuah syarikat yang besar meliputi hampir kesemua elemen media sehingga memiliki Hotel dan Yayasan mereka sendiri. Taklimat dari Babak Nung Atasana tamat jam 7.00 malam. Habis acara terus ke Ibis Hotel, bagi menghadiri Majlis Makan Malam IKAPI dan penyampaian Anugerah Buku ABPA. Malaysia tidak memenagi sebarang hadiah. Keseluruhannya dimenangi oleh Singapura.

Malamnya terus tidur awal kerana kelelahan yang amat sangat.


Catatan Perjalanan 3
5 November 2009

Jadual perjalanan hati ini adalah Pertemuan bersama IKAPI , perbincangan mengenai Pusat Buku Jakarta di Kelapa Gading. Namun begitu, jadual asal terpaksa dipinda kerana Pusat Buku Jakarta dalam proses pengubahsuaian. Pertemuan dicadangakan di Pejabat Ikapi di Kalipasir, Jakarta. Perjalanan dalam 45 minit dari JCC. Agak malang apabila sampai, kantornya ditutup. Kami terpaksa ke Ibis Hotel semula. Pertemuan diadakan bersama Bapak Firdaus, H. Abdul MUiz Nahari dari IKAPI Daerah Jawa Timur. Perbincangan agak berhasil dan terdapat beberpa maklumat yang boleh diguna pakai untuk Penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur.


Setelah makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Pejabat Promosi Eksport, Kedutaan Besar Malaysia....


bersambung... berserta dengan foto

Wednesday, November 11, 2009

BERITA KEMATIAN

Hari ini pada jam 6.55 pm WIB aku kehilangan seorang rakan, meninggal dunia kerana Kanser dan pemergian beliau menyentuh hati dan perasaanku kerana ramah mesra beliau semasa aku di Bogor setahun yang lepas sukar untuk dilupakan. Seorang Teacher Libarian yang sangat tabah mengharungi kesakitan . Juga yang sangat aktif dalam APISI bersama Hanna Lataputty, Robby, Mendy, Othie dan ramai lagi sahabat di Jakarta. Setelah melalui segala kesakitan biarlah dia berehat dengan aman. Hari ini juga aku pasti Hanna dan rakan-rakan yang lain pasti bersedih dengan pemergian Stepahnie, tetapi sehingga ke akhir hayat beliau , beliau masih mampu bertahan dan menulis selembar kisah suka suka duka mengharungi kesakitan dalam blognya :

Sunday, November 8, 2009

INDONESIA BOOK FAIR 2009

Catatan Perjalanan 1 : Indonesia Book Fair 2009
3 November 2009

Permulaan yang agak jengkel... terlambat sedikit ke KLIA kerana terlepas ERL jam 6.50 pagi. Bos sudah menunggu dan aku tahu dia agak resah dengan kelewatan aku. Ini kerana pada asalnya aku akan dihantar terus ke KLIA tetapi sebaliknya. Rasa bersalah menghantui aku dan aku memohon maaf berkali-kali .
Pesawat Air Bus meluncur laju dan dalam kelas perniagaan serta mendapat layanan istimewa pramugari dan pramugara. Jam 10.10 pagi mendarat di Seokarno Hatta. Sedia menanti Pak Karsimun membawa kami ke Hotel Atlet Century di Kota Jakarta. Sepanjang perjalanan Pak Karsimun agak khuatir dengan kekurangan pelancong yang berkunjung ke Jakarta, mungkin takut dengan isu buluh runcing agaknya. Pada pandangan mata kasar memang tiada pelancong Malaysia cuma yang bersama-sama kami adalah mereka yang mempunyai urusan penting sahaja.
Tiba di hotel, rehat sebentar hingga jam 2.00 petang, terus bergerak ke Jakarta Convention Centre (JCC), meninjau tapak pameran dan berjumpa dengan Bpk. Ernst, Bpk Robin, Nurul dan Apri. Kami minum-minum dan makan Bakso dan Es Teler (Macam ais kacang). Booth Malaysia masih belum sedia lagi. Masa bergeak agak perlahan di Jakarta ni, lambat sejam dari Malaysia. Jadi kami jalan-jalan di shopping mall (kelas atasan) bersebelahan hotel dan makan-makan di FX ,(kelas sederhana). Malamnya rehat sahaja di hotel.

4 November 2009

9.00 pagi hingga 12.00 tgh

Hari ini adalah Pembukaan Rasmi IBF 2009. Bersarapan awal dan bergerak ke JCC jam 8.30 pagi. Perasmian sederhana dengan kehadiran wakil Menteri Pelajaran Republik Indonesia. Rasa berbesar hati bila En. Amran dari Kedutaan Besar Malaysia hadir bersama pada majlis perasmian. Dalam ucapannya wakil Menteri Pelajaran mengambarkan panahan busor dari penari Daerah Istimewa Jogjakarta melambangkan panahan cinta kepada hati supaya menyintai membaca. Melalui membaca satu bangsa yang dinamakan bangsa Indonesia akan unggul dan mantap. Hebat sungguh intipati ucapannya. Sekalian yang hadir adalah wakil-wakil dari penerbit di Malaysia : PTS, Al AMeen Serve, Saba Islamic Media, Cerdik Publications, Gemilang, Sasbadi, Dawama, dan Kualiti Publications, Mr Khaw dan En. Siatan .

Monday, November 2, 2009

PERJALANAN JAUH

Permulaan sebuah perjalanan adalah satu langkah . Langkah yang satu, sama ada kiri atau kanan akan menentukan berjaya atau tidaknya kita mencapai destinasi. Dalam perjalanan tentu saja banyak persinggahan. Pernah aku bayangkan perjalanan seumpama keretapi yang akan singgah satu stesen ke satu stesen hinggalah tiba kedestinasinya. Ada stesen yang cantik di tengah kota , ada stesen yang terperuk dirantau yang jauh. Ada masa kita akan singgah seandai perlu dan turun dari keretapi. Eh kenapa entri ini bercerita pasal keretapi ya... Sebenarnya dalam perjalanan ini terlalu banyak untuk dikongsi.

Saturday, October 31, 2009

PHD & LITERASI MAKLUMAT


Semalam, aku dipanggil untuk temuduga bagi permohonan PHD Pengurusan Maklumat di Kampus UiTM Puncak Perdana. Mujur juga Adibah bagi pandu arah jadi tidaklah tersasar. Di tanya pelbagai soalan, apa bidang yang hendak di buat, mengapa nak buat dan yang paling best sekali provokasi tetang masa. Jawapan aku mudah... "orang yang sibuk je boleh buat, orang yang ada masa biasanya tak buat" dan mereka tersenyum. Aku optimis dengan apa yang aku katakan. Biar sibuk macamanapun sebenarnya masa itu ada cuma bagaimana kita mengatur dan terpaksa mengaturnya. Sesungguhnya bagi aku, masa akan datang dan pergi ...

Monday, October 26, 2009

Tune Hotels

Aku telah menjelajah banyak lokasi sama ada dalam dan luar negara. dan banyak sudah hotel yang aku menginap. Dalam banyak-banyak hotel aku amat terkesima dengan Tune Hotel. Ini merupakan kali kedua aku menginap. Sekali di Kuala Lumpur dan kali ini di Pulau Pinang. Memang idea kreatif mewujudkan hotel sebegini memang boleh dibanggakan. Kita bayar apa yang mahu sahaja. Soal kemewahan tolak ke tepid an perkara yang di rasa tidak perlu tidak payah di bayar. Bayangkan dengan hanya bayaran sebanyak RM147.00 aku boleh tinggal untuk 3 malam dengan kemudahan katil dan bilik setaraf 5 bintang. Realitinya kemudahan TV dan keluasan bilik tiada, tetapi bagi aku sudah memadai dengan kipas dan ruang yang kemas dan selesa. Aku tidak berminat dengan penghawa dingin dan aku tidak perlu bayar 19.00 untuk itu. Orang seperti aku lebih meminati internet, jadi aku sewa Wi Fi sekadar RM12.00 untuk 24 jam. Amat membantu sebenarnya. Tuala dan kemudahan sabun boleh disewa dengan deposit 15.00 dan duit deposit itu akan dipulangkan apabila tuala dikembalikan ke kaunter semasa daftar keluar. Senang begitu.
Tetapi, pengalaman di hotel sebegini biasanya dihuni oleh mereka yang mempunyai bajet yang ala kadar dan perangai penghuni juga berubah , ala kadar je. Malam pertama di hotel, segerombolan penghuni Cina membuat bising. Agaknya baru sampai dan mereka seperti sangat teruja menginap di hotel. Riuh rendah bersembang antara bili ke bilik. Sibuk bertanyakan alat penghawa dingin dan berbual dengan nada suara yang tinggi. Sampai larut malam. Keesokkannya pula pagi lagi dah memekak. Panggil rakan dibilik sebelah. Aku hilang sabar dan membuka pintu menegur supaya mereka jangan bising sangat.
Malam kedua agak tenang dan aku boleh tidur lena, tetapi emosi ku banyak terganngu oleh perisitwa di Cherating. Semalam aku terjaga dan tidur dan terjaga berulang kali. Apabila bersendirian aku mejadi fobia dan trauma. Malam ketiga, aku cepat padamkan lampu dan tidur selepas solat Isyak. Aku berangan untuk tidur selena mungkin kerana aku letih setelah menyampaikan ceramah di Alor Star. Malangnya dalam jam 1.30 pagi, aku dikejutkan lagi dengan bunyi bising. Kali ini bukan suara tapi seperti pergerakan lebih daripada seorang. Aku menhendap keluar pintu melalui lubang keselamatan. Terkejut juga apabila mendapati empat orang (seorang perempuan dan tiga lelaki) sedang menggunakan bahasa isyarat tetapi seperti orang sedang bergaduh. Aku membuka pintu dan memberikan isyarat Kenapa? Mereka diam sebentar. Perkara tersebut berlarutan dan aku hilang sabar kerana menggangu ketenteraman aku yang hendak tidur. Aku hubungi kaunter hadapan dan memaklumkan perkara yang berlaku. Sejurus itu pengawal keselamatan datang dan mereka beredar ke bilik masing-masing.
Aku kesian pada diri sendiri... pengorbanan terlalu banyak aku lakukan. Perjalanan yang jauh memaksa aku mengorbankan masa rehat. Emosi aku masih lagi terganggu sebenarnya. Semangat aku belum pulih sepenuhnya dan semua perkara yang aku lakukan berbentuk luaran sahaja. Dalam diri terlalu banyak yang aku fikirkan. Hanya Tuhan yang mengerti hati ini dan kenapa pelbagai insiden yang tidak di ingini berlaku. Sungguhpun begitu, terima kasih kepada Tune Hotels dan aku amat selesa menghuni di situ serta mengingatkan aku kepada Back Pack di New Zealand.

Sunday, October 25, 2009

MENULIS LAGI

Semalam yang telah berlalu dan aku kehilangan segala wadah yang telah aku coretkan sepanjang perjalanan ke New Zealand dan Eropah. Hari ini aku perlu bangkit lagi, memahat semula memori silam yang terpadam. Moga diberikan aku wadah untuk aku berkarya lagi atas kehilangan semalam yang begitu menghiris.

Saturday, October 24, 2009

KECELARUAN

Saat hati ini terasa kososng dengan kehilangan sesuatu yang amat disayangi, Tuhan masih sayangkan aku lagi. Pertamanya aku masih selamat dan penceroboh itu tidak mencederakan malah memperlakukan sesuatu yang diluar dugaan. Ada kemungkinan dalam keadaan yang terkejut dia akan mempertahankan dirinya dan sekiranya aku melawan , mungkin aku akan dicederakan.
Keduanya, dalam kekalutan peraaan, aku diberi peluang ke udara oleh Radio Bernama 24 pada jam 11.15 hingga 12.00 dan diulang siarannya pada jam 8.15; 11.15 pada 22 Okotber yang lalu. Komen yang memberangsangkan dari suami dan bonda serta beberpa rakan lain. Topik yang dibicarakan berkisar Berguru dengan Ibubapa. Terima kasih UthayaSB yang memperkenalkan aku dengan Nazira Noran.

Ketiga, dalam kekalutan perasaan, aku telah berjaya membentangkan Kertas Kerja bertajuk Designing and Developing Information Literacy Training Module to Teacher Librarian Based on The Big6 Model pada International Malaysian Educational Technology Conference IMETC 2009 di Hydro Hotel , Batu Feringhi pada 24 Oktober 2009. Aku telah mendapat membentangnya dengan baik. Terima kasih juga pada Leowenia dan Ho kerana merekalah yang menjadi editor dan perangsang untuk aku menulis dalam Bahasa Inggeris.

Keempat, pagi ini Ahad 25 Oktober 2009, aku bergegas pula ke BTPN Kedah, sebagai penceramah untuk topik Integrasi Literasi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Aku sedaya upaya menyiapkan bahan tadi malam.

Tadi malam juga aku menangis sepuas-puasnya bila terkenangkan lap top kesayanganku. Selama kehilangannya lima hari yang lepas, aku masih mampu menahan perasaan, tetapi malam tadi aku break down juga...

Sesungguhnya aku insan yang lemah dan kerdil di bumi Allah dan aku bersyukur kerana disekeliling aku ramai yang masih menyayangi aku dan memberikan semangat kepada aku untuk terus bangkit dari kejatuhan semalam...

Thursday, October 22, 2009

KEHAMPAAN DAN TERKILAN

Sesuatu yang belaku ke atas diri kita mungkin ada hikmah disebaliknya dan perlulah bersyukur kerana Allah masih sayangkan hambanya. Hari ini dan semalam , hidup dirasakan amat kosong. Aku jadi tidak menentu, fikiran bercelaru, tidak fokus dan kemurungan mula menguasai aku. Begitulah perasaan apabila benda yang sangat kita sayang dan menjadi sebahagian daripada hidup direntap keluar dari dalam diri. Aku kehilangan laptop,kamera sony dan yang paling terkilan telefon bimbit . Semua data dan maklumat yang penting hilang sudah. Segala nombor telefon kawan-kawan dan saudar mara lesap. Aku jadi bingung seketika. Hati ini tetap menyalahkan pihak Hotel yang cuai dalam urusan keselamatan tetamu. Persoalan timbul, bagaimana penceroboh boleh memasuki bilik aku . Bilik hotel sepatutnya tempat yang selamat untuk tetamu. Di mana kawalan keselamatannya. Aku tidak terkata apa-apa...

Tuesday, October 20, 2009

Cherating

Awal minggu ini berada di Risendence Inn Cherating Kuantan untuk Program Sumbangan Buku dan Pengembangan Budaya Membaca untuk negeri Terengganu.Pagi tadi juga berjumpa dengan Zuraiani dari Al Ameen untuk langkah pertama menulis mengenai LM. Semoga ia akan jadi kenyataan. Faris dari PTS juga memberikan input yang amat berguna untuk jadi penulis. Rasanya sudah tiba masanya aku beralih arah dan segala yang pernah aku tulis sebelum ini akan aku kumpulkan untuk dikongsi bersama.

Sunday, October 18, 2009

AKSESORI WANITA

Kalau ditanya apa yang wanita sukakan dan menjadi idaman? Tentu jawapannya barang kemas. Kalau dikampung aku.. lip lap lip lah rantai tangan dan gelang berselayut bila nak pergi kenduri kahwin. Kalau wanita di bandar mungkin kurang sikit. Kalau yang ada pun suka kepada fesyen moden, yang ada platinum dan fesyen yang up to date. Bagi aku... kurang berminat. Aku lebih rela membeli gajet- gajet teknologi terkini. Tak percaya... kalau buka tas tangan, alat solek agak kurang, yang ada cuma asas saja supaya tidak nampak suram. Selebihnya.. sarat dengan lap top mini, thumb drive dari 1G ada, 2G ada, 4G dan terkini 8G. Dulu ada Ipod 30G, tapi itu pejabat lama punya, so terpaksa pulangkan. Selain tu.. ada MP3 player untuk kereta, baru beli juga. Terkini aku beli kamera Sony Cyber Shot 12 pixel. Payah nak pinjam-pinjam orang punya, ada sendiri punya senang. Agak terkilan juga hari ini kerana tidak berjaya membeli Celcom Broad Band kerana Celcom tutup pasal festival. Sebenarnya, aku seperti orang tidak gosok gigi jika sehari tidak dapat melayari internet....

Friday, October 16, 2009

The 21 Irrefutable LAws of Leadership

Saya sedang membaca buku The 21 Irrefutable LAws of Leadership dan amat tertarik mengenai pelbagai persoalan dalam kempimpinan. Persembahannya menarik dan amat berkait rapat dengan realiti wlaupun persekitarannya di Amerika. Banyak sudah saya membaca buku mengenai kepimpinan, tetapi buku ini berbeza. Terima kasih Ho yang meminjamkan buku ini dan yang lucunya dia pun tak baca lagi.
Here... i like to share :
The 21 Irrefutable LAws of Leadership by John C. Maxwell

The Law of...

1. the lid - Leadership abiility determines a person's level of effectiveness
2. influence - The true measure of leadership is influence - nothing more
nothing less
3. process - leaderships developes daily, not in a day
4. navigation - anyone can steer the ship, but it takes leader to chart the course
5. additiom - leader add value by serving others
6. solid ground - true is the foudation of leadership
7. respect - people naturally follow leaders stronger than themselves
8. intuition - leaders evaluate everything with a leadership bias.
9. magnetism - who you are is who you attract
10. connection - leaders touch a heart before they ask for hand
11. the innner circle - a leader's potential is determined y those closest to him


.... bersambung masih membaca lagi

Thursday, October 15, 2009

Kerinduan dan Ketinggalan dalam entri

Wow.. lama sungguh tak menulis di entri ini, hinggakan terlupa password segala. Kesuntukan masa dan banayk berurus dengan FB serta mood yang tidak menentu membuatkan aku meninggalkan sebentar untuk entri. dalam masa kurang lebih 5 bulan meninggalkan ruang blog, banyak perkara berlaku.
Yang seronok bila dapat pergi Konvo USM , maka kini sudah ada Master dan lanjutan dari itu sebuah buku mengenainya akan muncul tidak lama lagi. Itu pasti dan rundingan mengenainya telah dilakukan.
Seterusnya, banyak program sumbangan buku telah berjalan dan salah satu dari ibadah aku untuk mereka yang memerlukan. Walaupun penat berkejar serata lokasi, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Johor, tapi aku bahagia kerana semuanya berjalan lancar. Mereka dilokasi amat membantu. Terima kasih kepada mereka. Juga terima kasih kepada saudar Uthaya kerana upload banyak maklumat mengenai program. Kalau berkesempatan lawati uthayasb.blogspot.com
Syukur kepada Illahi kerana memberikan aku kesihatan yang memberangsangkan sepanjang menjalankan tugas . Sambutan hari raya 2009 agak suam-suam kuku kerana Along pun tak balik dan pulang ke Pokok Sena dalam keadaan yang tergesa-gesa.
November ini akan ke Jakarta untuk Indonesia Book Fair bersama En. Halim dan beberapa penerbit. Kali ini Lawatan Kerja yang benar- benar Lawatan Kerja.
Sambil-sambil sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. Semoga berhasil apa yang diimpikan.
Kepada mereka yang banyak menyokong aku, terima kasih diucapkam terutama suamiku, bonda, anak-anak, En. Halim, Yik, Wee, Ho, Halimah, Soje, Shafni, Ezwan, Hj Mazlan, Uthaya, Ogy, Fadli, Sharif, Adibah , Uthaya dan ramai lagi . Jasamu di kenang

Wednesday, April 29, 2009

Hari Jadi Ke 44 n DG 44

Syukur, masa telah menganjak usia. Kini usia telah meningkat 44 tahun dan pada tahun ini juga telah naik pangkat 44. Seusai umur 44 banyak membuahkan hasil. Awal tahun 2009 bunga -bunga kejayaan mula memekar. Bermula dengan pencalonan untuk mendapat Pingat dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ke Bologna dan Frankfurt, Menyiapkan tesis dan konvo Master pada Ogos ini dan banyak lagi kenangan manis.Terima kasih untuk segalanya yang berada disekeliling. Hari jadi juga amat bermakna kerana disambut bersama keluarga dan rakan sekerja. Hanya tinggalan makanan di Pizza Hut , sambutan harijadi bersama keluarga. Tanggal 28 April ke Residence UNITEN Hotel , Luncheon bersama officemate.dan ada special birthday request and live band..

video

Kuala Lumpur International Book Fairs 2009

Segalanya telah berakhir untuk tahun ini . KLIBF 2009 telah berlalu pada 26 April lalu dengan pengunjung seramai 1.5 juta orang. Walaupun tidak menepati sasaran tetapi kualiti mereka yang hadir memuaskan dan sale buku jangan cakaplah... PTS je boleh sale sampai 500 ribu cash.
Tetapi kepuasan yang tidak terhingga... berjaya menyiapkan teks ucapan Menteri Pelajaran dengan baik sekali dan tentu sekali atas sokongon dan komen yang positif from seorang yang bermakna dalam kerjaya... Halim. Begitu juga dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April dan lahirlah lagu tema dengan lirik dicipta olehku dengan bantuan University Limkokwing. Teks ucapan KPPM juga tidak banyak yang diedit baik semasa perasmian KLIBF mahupun Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Segalanya berjalan lancar dan media mula menyerbu untuk mendapatkan maklumat. Kesian media kerana terlepas pandang mengenai pertukaran waktu pelancaran World Book Day. anyway seronok juga bila nama disebut dalam Radio 24, Utusan Malaysia, Sinar.
Terlalu banyak yang hendak dikongsi tetapi tak tahu bagaimana nak meluahkannya.

Thursday, April 2, 2009

Bologna ,Italy and Frankfurt Germany

Alhamdulillah sememangnya rezeki menyebelahi aku dan diberi peluang untuk ke Bologna Italy langsung ke Frankfurt German. Ke Bologna dengan seribu satu halangan dan cabaran sebelum berjaya. Dengan financial yang merudum dan persediaan yang hactic akhirnya berjaya juga. Perjalanan memakan masa 15 jam dari KLIA ke Frankfurt dengan Lutfhansa Air then ke Bologna melepasi banjaran Alps yang masih diliputi sajli.
Bologna seperti kampung biasa dan cuaca dingin hingga 5 darjah celcius menyambut kami, setelah berehat di Holiay Inn Via Emilia terus ke tapak pesta buat preparation.
Sedih rasanya bila tengok stand Malaysia yang cokia je. tengok Taiwan, Korea dan Thailand rasa macam ketinggalan je. Anyway tahun depan aku akan ke sana lagi dengan satu matlamat baru. stand malaysia perlu ada tema dan konsep yang jelas.
Aku berada di book fair selama 5 hari dan selama itulah aku belajar pelbagai perkara,aku lihat ia adalah sebuah trade fair dan aktiviti menjual hak cipta berlaku dengan meluas sekali. tiada pengunjung yang datang nak beli buku tapi mereka yang datang adalah mereka yang ada bussiness intention. bagus pengalaman yang amat mahal.

Thursday, February 19, 2009

New Work Place

lama sungguh tak masuk entri, bukan apa baru nak establish dengan environment baru dan lain dari tempat lama. Kerja kat MBKM best, tak ramai staff (7 orang) je. We are like brothers and sisters, segala susah payah di tanggung bersama. So many new things yang dipelajari and to bulid up networking at national level. Insyaallah akan ke Italy this Mac, mengetuai delegasi Malaysia ke Bologna Children's Book fair. Alhamdulillah dapat coop disini..

Friday, January 2, 2009

Pengalaman bersama Cheetah


Ah.. kalau diikutkan hati, memang letih sungguh rasa badan ini. Letih balik dari NZ belum habis lagi, then pindah ke Putrajaya. Then terus ke Jakarta bersama staff BTPN. Agak malang bila flight delay lebih dua jam kat air port bayan lepas. Dari excited jadi tension. Alhamdulillah semua berjalan lancar, tiba di jakarta jam 2.00 pagi. Shoping ke Tanah Abang itu semestinya then ke Mangga Dua. Tapi depa suka ke Tanah Abang dan agak murah. Pengalaman yang tak boleh lupa ke Safari di Puncak, macetnya tuhan saha yang tahu. Seumur hidup pertama kali dapat peluk cheetah dan anak harimau albino. Thanks to Okky yang jadi tour guide yang setia. I know depa syok habis shopping dari jutawan terus bankrupsi. heheheh