Sunday, November 30, 2008

Ke Chirstchurh

Subhanallah indah sungguh bumi Allah. sepanjang minggu kami bergerak kke Pulau Selatan NZ , tidur di backpeckers yang murah dan selesa.Hari Sabtu berjalan ke semua tempat indah , menaiki trap dan Gondola serta menyusuri sungai Avon yang romantik. Pulang dengag keretapi Tranzscenic dan sambung dengan Interislander Ship.Tak terucap dengan kata-kata melihat bumi Allah ini.

Monday, November 24, 2008

Sampai hajat tengok kambing di NZ

Akhirnya tuhan makbulkan permintaan. Minggu lepas dapat jugak tengok kambing NZ, jauh juga dari city. Sepanjang minggu pegi melawat tempat-tempat shoping je dan banyak juga beli souvenier. Benar kata orang. NZ memang cantik dan besar sungguh kuasa Allah.




Friday, November 21, 2008

14 November 2008
Jam 5.00 pagi, perjalanan bermula selepas subuh ke New Zealand, destinasi yang aku impikan sejak kecil lagi. Mula dengan nak masuk peraduan susu fern leaf masa fahmi kecil , kalau menang dapat pergi NZ, tapi masatu kak yong dan along masih kecil. Kak Yong yang beria-ia menangis nak ikut. Peraduan tak masuk dan cita-cita untuk ke NZ tenggelam seiring dengan masa dan membesarkan anak-anak.
Kemudian tahun 1998, peluang datang lagi, masa tu ada iklan Benson and Hegdes Golden Dream. Impian nak ke NZ nak trim bulu biri-biri , dah dapat sampai interview tapi rezeki tidak menyebelahi. Pun, angan-angan tinggal angan-angan.
Kali ketiga tengok dalam program AFS, ada peluang nak NZ, tapi atas tiket lawatan budaya dan belanja sendiri, pusing pi pusing mai, tak jadi juga sebab tak nampak perlunya, itu tahun 2005. Sekali lagi tenggelam.
Kali ini kali keempat.Percubaan memohon pembiayaan daripada BTP tak berjaya, tapi aku berhempas pulas untuk ke NZ, atas alasan kukuh untuk berkursus LM. Setelah melalui pelbagai dugaan akhirnya aku Berjaya juga walau terpaksa berbelanja sendiri dan melalui onak dan duri untuk lepas ke mari.
Kini jam menunjukkan 2.30 petang, aku menunggu untuk flight ke Auckland jam 21.20. Bosan juga lama menanti. Jsm 7.30 ptg, information board baru menunjukkan gate mana nak masuk. Tepat 21.20 pesawat Cathay Pacific meluncur meninggalkan Hong Kong ke Auckland.



15 Nov 2008
10 jam.... masa yang panjang dalam pesawat dan aku begitu sakit pinggang. Tempat duduk pesawat tidak selesa. Jam 1:07 mendarat di Auckland, memang cantik dan aku sedikit gementar dengan proses imigrasi dan kastam. Selawat dan zikir tidak lepas dari mulutku. Alhamdullillah berjaya melepasi tahap kritikal pemeriksaan kastam. Bukan apa aku bawa banyak serbuk perasa makanan ke sini.


Aku terpaksa bertukar terminal penerbangan domestik. Aku berjalan kaki ke terminal dan mengambil masa 15 minit dan keadaan sungguh nyaman. Pergerakan ku mudah kerana laluan dan tunjuk arah disediakan dengan baik. Aku check in dan pesawat Qantas Air bergerak ke Wellington jam 4.30 petang. Dalam penerbangan aku tidak putus-putus bersyukur kerana berjaya juga akhirnya.
Jam 5.30 petang, pesawat mendarat di Wellington dan ketibaan kami bertiga , dari Nepal dan Solomon Island disambut oleh Dr Dan Doner. Terus di bawa ke Stafford Hall, asrama penginapan. Cantik asramanya dan lengkap dengan kemudahan peti sejuk, mikro wave, mesin cuci kain, mesin cuci pinggan, toaster serta bilik yang bersih dan tilam yang empuk. No Bilik 422



Marie, warden memperkenalkan aku dengan pelajar Malaysia yang ,menginap sama di sini. Ina, pelajar Phd dari Bukit Mertajam, sudah 3 tahun di sini, Anita dan Izzati , pelajar KPM Tesol yang akan tamat pengajian di sini dan akan pulang minggu depan. Mereka semua baik-baik belaka. Kami mudah mesra.
Petang itu uga aku di bawa ke restoren makanan Melayu dan aku membelanjai mereka. Terus ke New World semcam Carefore atau Tesco dan belanja barang dapur dalam 50 NZD tambah kredit telefon 10 NZD. Mereka mengatur dan menunjukkan apa yang boleh dan tidak boleh dibeli.
Malam. Aku menguhubungi mereka yang rapat dengan ku, Abang, anak-anak, along di Aussie serta Jun dan Jura. Tidor agak lewat dan agak sukar melelapkan mata mungkin beralih tempat.



Tanggal 16 November 2008
Jam 8.00 pagi Izzati menelepon mahu menyerahkan bahan dapurnya yang lebih kepadaku. Bagus, aku tak payah belanja banyak. Jam 8.30 kami ke Harbour terus Ina membawa aku membeli ikan terus dari peraih di bot. Beli juga ikan yang aku tak tahun namanya. Kemudia n ke pasar tani, hah kali ni tengok orang putih berniaga di pasar tani, aku beli lebih kurang 15 NZD, sayur dsb. Kemudian kami ke Willies, jelajah bandar, beli ikan solomon kegemaran ku dan fresh orange yang sungguh menyegarkan.
Hari ini ada Santa Parade rupanya. Ini peluang aku tengok masyarakat di sini membawa keluar anak-anak mereka untuk melihat karaktor kartun dan persembahan pancaragam . Bagus sungguh, nampak hiasannya tidak banyak membazir. Dan pasukan pacargamnya terdiri daripada orang-orang veteran belaka.



Kembali ke bilik dan solat, malas nak bergerak ke mana-mana ,angin yang bertiup terlalu mendinginkan dan aku terlena setelah aku khatam novel Ayat-ayat Cinta.
Fairunizan, house mate tiba jam 6.30 ptg.
17 November 2008
Kelas bermula, Dr Dan membawa kami menaiki teksi ke uni. Hujan lebat dan angin ribut menyambut kami. Kami di bawa ke Perpustakaan uni yang besar dan mengelirukan. Kami disambut baik sekali. Prof Gary dan Dr Dan memulakan sesi. Kelas habis sampai petang jam 4.30. Terkejar-kejar balik sembahyang zohor. Malam Nina panggil ke biliknya dan kami dijamu dengan tomyam, enak sekali.

18 Disember 2008
Pagi ini cuaca cerah, perjalanan kursus bermula ke National Library of New Zealand., tempat canggih dan berpeluang melihat bagaimana perpustakaan memainkan peranan untuk kemudahan pengguna. Pengguna adalah segalanya. Habis di situ kami balik ke kampus. Ikut jalan pintas, naik tangga 2 bukit yang curam. Punyalah penat, nak mati rasanya. Lama tak naik bukit dan tangga bodypun dah tak fit. Cuaca masih lagi sejuk bukan kepalang. Malam bila balik, masak asam pedas ikan yang dibeli tempoh hari. So rasa rindu masakan Malaysia hilang juga. Faiz datang jumpa bawa tanah untuk samak periuk belangan dan adapter. Beli kabel untuk internet dan mouse. Sambung editing tesis master. Entah bila nak siap.... janji pada diri hujung bulan ni apa-apapun mesti hantar draf kat dr. mona. Tapi mata selalu mengantuk. Di sini malam singkat dan siangnya panjang.


Wednesday, November 19, 2008

Ke New Zealand

dalam ruang yang terhad ini, terpaksa curi masa untuk entri kerana lecturer p minum. nak akses internet kat hostek belum boleh lagi. sebenarnya banyak yang nak share, dah ada kat laptop, nanti kalau dah dapat line boleh enjoy dengan segala maklumat dan gambar semasa ke NZ.

Perjalanan yang panjang dan membawa erti dalam hidup ini. pengorbanan dan suka duka dan banyak airm ata yang tumpah kerananya

Wednesday, September 10, 2008

Kejayaan

Hari ni hari yang paling bermakna, perjuangan untuk mendapatkan master dalam Literasi maklumat berhasil akhirnya. Tadi pagi ada viva di USM, punyalah gelabah rasa macam tak prepare je. mujur tuhan bagi lorong untuk jumpa dengan Dr. Mona yang banyak membantu dan memberi semangat. Kalau tidak hancur juga kerana short notice dan keadaan menjadi kalut bila BTP turun sampai dua group yang besar.
Aku dengan peniuh yakin membentangakan tesis yang dipengerusikan oleh Prof Madya Ramanathan, Prof Madya Wan fauzi, Prof madya Irfan naufal, prof Yusop Hashim dan dr mona sendiri. agak gugup juga pada mulanya tapi cara pengerusi membawa perbincangan membuatkan aku yakin untuk menjawab dan mendapat pujian dari Prof Yusop Hashim kerana dia pakar membangunkan modul serta amat berminat terhadap usaha tesis aku. Ada beberpa penambahbaikan yang perlu dibuat dan insyallah akan konvo pada bulan mac 2009 nanti.Yang paling best dapat A untuk tesis REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BERASASKAN THE BIG6.

Monday, September 1, 2008

Ramadhan


Ramadhan kembali lagi. Kali ni bertepatan dengan sambutan Merdeka yang ke 51. Sambutan Merdeka amat tak terasa tahun ni. Entah kenapa, mungkin effect dari kemenangnan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya umum lepas. Aku betul betul teruja dengan kehangatan kempen pilihanraya walau terpaksa ke Sabah untuk menyuarat MS ISO bersama Tengku. Tengah klimaks tengok orang pi mengundi tapi tak dapat mengikuti perkembangan penjumlahan undi, anyway Anuar menang dengan undi 31K lebih.

Mesyuarat ISO bil2 berjalan lancar, sepatutnya dua hari jadi 3 hari cos Timbalan Pengrah dapat hadir pada haru Jumaat je. Syabas untuk BTPN sabah yang memberikan layangan yang istimewa sepanjang berada di sana. pergi Restoren Kampung Nelayan lagi, memang aku tabik kat depa ni. Pada masa yang sama ada 3 berita baik:

1. USM call- Viva untuk master pada 10 Sept ni

2. Permohonan pertukaran ke MKBM tak lulus tapi dapat tukar ke BTP pada 1 Nov 2008

3. Kenaikan Pangkat secara time based DG 41 ke DG 44 untuk golongan seperti aku
(satu masa dulu cikgu sekolah rendah) telah ada pekelilingnya dan tarikh tutup
pada 30 September 2008. Ikut kriteria yang ditetapkan aku memang sangat layak (
kerja di dg29 - 9 tahun- jadi 3 tahun, PTK 4 dan berada di DG41 lebih 8 tahun)

Semoga Ramadan in membawa berkat walau terpaksa berpisah dengan anak-anak dan suami dalam bulan puasa ni.Alon berpuasa di Australia, Kak Yong berpuasa di Shah Alam, Fahmi di SMTSSS and abang di Serdang. dah nasib badan. Moga tarikh 21 September ni dapat menyatukan semua keluarga kembali

Sunday, August 24, 2008

Kenduri Kahwin di Kampung Baru


Semalam, 23 Ogos 2008, kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Meriah juga tapi sederhana je. Semua orang kampung turun membantu Kak Shimah. Kaum ibu juga turut serta dengan uniform yang telah dipersetujui. Tengoklahlah macik-makcik ni bergaya dengan baju yang sedondon membuatkan pakcik-pakcik jealous juga. Ini tanda kesatuan masyarakat Kampung Baru yang aku tinggal. Masyarakatnya yang rata-rata terdiri daripada mantan anggota kerajaan dan hidup harmoni.
Selalunya kami jarang berjumpa, sibuk dengan urusan masing-masing tapi kalau ada kenduri atau majlis-majlis keagamaan semua akan turun bergotong royong.