Berita pertukaran, kematian, perpisahan silih berganti dalam kehidupan. Terkadang kita akan terkesima apabila mereka yang rapat dan sentiasa bersama hampir seharian tiba-tiba terpaksa pergi jauh . Di luar nampak kita merelakan perpisahan ini tetapi jauh di sudut hati pasti ada rasa terkilan. Lumrah kehidupan kiranya. Terkadang rasa juga tidak adil untuk kehidupan ini. Itulah hakikat yang terpaksa di telan. Rasanya tidak berupaya untuk aku berbicara panjang kerana aku tahu air mata ini pasti mengalir deras . Cukup sekadar aku ungkapkan
Kehidupan perlu diteruskan.