Mesyuarat Brif Kota Buku Kuala Lumpur berjalan dengan lancar dan kesudahan yang amat positif. Kami berjaya menyiapkan hamoir 80% Brif Projek ini di Avilion Admiral Cove yang berlatar belakangkan Selat Melaka. Sungguh indah panoram di sini dan rasa tenang dan nyaman apabila menghadap muka ke laut. Walaupun beba menyiapkan brif agak berat seumpama menyiapkan sebuah tesis, rasa kepuasan tidak terkata. Rakan dalam kumpulan banyak membantu dan input positif dari rakan industri. Terima kasih kepada Ishamudin (EPRD), Dr. Noraziah (IAB), Adli (Perpustkaan KL), Dr. Habibah dan Khairulanuar (ITNM). Rakan-rakan dari industri terutama Mr Lau, Dato' Ivan, Hj. Hassan dan En. Halim. Insyallah Kota Buku akan dapat direalisasikan nanti.
LITERASI MAKLUMAT
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 12, 2009
INDONESIA BOOK FAIR 2009
Tarikh 4 November, kerusi Presiden ABPA beralih ke Malaysia. dalam Mesyuarat Agung ABPA , Atty. Buhain dari Filipina telah menyerahkan jawatan ABPA kepada MABOPA yang diterajui oleh Mr. Law King Hui. Tahniah Mr. Lau! dalam ucapan sulongnya, Mr. Lau telah menyatakan beberapa visinya terhadap perkembangan ABPA. Sejak mula dilahirkan dengan Tahiland sebagai peneraju pertama pada tahun 2005 hingga 2007, diikuti oleh Filipina 2007 hingga 2009 dan kini Malaysia 2009 hingga 2011, ABPA dianggap sebagai bayi yang sedang membesar dan Malaysia akan membesarkan ABPA dengan persekitaran yang baik supaya ia dewasa sebagai insan yang matang. MBKM memegang teraju perhubungan antarabangsa terutama perkara yang berkaitan dengan Pesta Buku Antarabangsa mengambil alih dari Filipina sebelum ini.Hadir bersama semasa jamuan makan tengahari En. Yusram Yusof dan En. Amin Wahab dari MATRADE Indonesia.



Catatan Perjalanan 2
Catatan Perjalanan 2
Setelah mesyuarat yang panjang, delegasi ABPA dibawa ke pejabat KOMPAS GRAMEDIA terletak Palmerah Barat, Jarkata. Perjalanan yang macet tidak dirasai sangat kerana kesempatan untuk berbual bersama Dacil dan Breezy memenuhkan waktu. Kompas Gremedia memang sebuah syarikat yang besar meliputi hampir kesemua
elemen media sehingga memiliki Hotel dan Yayasan mereka sendiri. Taklimat dari Babak Nung Atasana tamat jam 7.00 malam. Habis acara terus ke Ibis Hotel, bagi menghadiri Majlis Makan Malam IKAPI dan penyampaian Anugerah Buku ABPA. Malaysia tidak memenagi sebarang hadiah. Keseluruhannya dimenangi oleh Singapura.
Malamnya terus tidur awal kerana kelelahan yang amat sangat.
Catatan Perjalanan 3
5 November 2009
Jadual perjalanan hati ini adalah Pertemuan bersama IKAPI , perbincangan mengenai Pusat Buku Jakarta di Kelapa Gading. Namun begitu, jadual asal terpaksa dipinda kerana Pusat Buku Jakarta dalam proses pengubahsuaian. Pertemuan dicadangakan di Pejabat Ikapi di Kalipasir, Jakarta. Perjalanan dalam 45 minit dari JCC. Agak malang apabila sampai, kantornya ditutup. Kami terpaksa ke Ibis Hotel semula. Pertemuan diadakan bersama Bapak Firdaus, H. Abdul MUiz Nahari dari IKAPI Daerah Jawa Timur. Perbincangan agak berhasil dan terdapat beberpa maklumat yang boleh diguna pakai untuk Penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur.
Setelah makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Pejabat Promosi Eksport, Kedutaan Besar Malaysia....
bersambung... berserta dengan foto
Wednesday, November 11, 2009
BERITA KEMATIAN
Hari ini pada jam 6.55 pm WIB aku kehilangan seorang rakan, meninggal dunia kerana Kanser dan pemergian beliau menyentuh hati dan perasaanku kerana ramah mesra beliau semasa aku di Bogor setahun yang lepas sukar untuk dilupakan. Seorang Teacher Libarian yang sangat tabah mengharungi kesakitan . Juga yang sangat aktif dalam APISI bersama Hanna Lataputty, Robby, Mendy, Othie dan ramai lagi sahabat di Jakarta. Setelah melalui segala kesakitan biarlah dia berehat dengan aman. Hari ini juga aku pasti Hanna dan rakan-rakan yang lain pasti bersedih dengan pemergian Stepahnie, tetapi sehingga ke akhir hayat beliau , beliau masih mampu bertahan dan menulis selembar kisah suka suka duka mengharungi kesakitan dalam blognya :http://stephaniewidyani.blogspot.com/2009/10/now-lung.html. MAY YOU REST IN PEACE...
Sunday, November 8, 2009
INDONESIA BOOK FAIR 2009
Catatan Perjalanan 1 : Indonesia Book Fair 2009
3 November 2009
Permulaan yang agak jengkel... terlambat sedikit ke KLIA kerana terlepas ERL jam 6.50 pagi. Bos sudah menunggu dan aku tahu dia agak resah dengan kelewatan aku. Ini kerana pada asalnya aku akan dihantar terus ke KLIA tetapi sebaliknya. Rasa bersalah menghantui aku dan aku memohon maaf berkali-kali .
Pesawat
Air Bus meluncur laju dan dalam kelas perniagaan serta mendapat layanan istimewa pramugari dan pramugara. Jam 10.10 pagi mendarat di Seokarno Hatta. Sedia menanti Pak Karsimun membawa kami ke Hotel Atlet Century di Kota Jakarta. Sepanjang perjalanan Pak Karsimun agak khuatir dengan kekurangan pelancong yang berkunjung ke Jakarta, mungkin takut dengan isu buluh runcing agaknya. Pada pandangan mata kasar memang tiada pelancong Malaysia cuma yang bersama-sama kami adalah mereka yang mempunyai urusan penting sahaja.
Tiba di hotel, rehat sebentar hingga jam 2.00 petang, terus bergerak ke Jakarta Convention Centre (JCC), meninjau tapak pameran dan berjumpa dengan Bpk. Ernst, Bpk Robin, Nurul dan Apri. Kami minum-minum dan makan Bakso dan Es Teler (Macam ais kacang). Booth Malaysia masih belum sedia lagi. Masa bergeak agak perlahan di Jakarta ni, lambat sejam dari Malaysia. Jadi kami jalan-jalan di shopping mall (kelas atasan) bersebelahan hotel dan makan-makan di FX ,(kelas sederhana). Malamnya rehat sahaja di hotel.
4 November 2009
9.00 pagi hingga 12.00 tgh
Hari ini adalah Pembukaan Rasmi IBF 2009. Bersarapan awal dan bergerak ke JCC jam 8.30 pagi. Perasmian sederhana dengan kehadiran wakil Menteri Pelajaran Republik Indonesia. Rasa berbesar hati bila En. Amran dari Kedutaan Besar Malaysia hadir bersama pada majlis perasmian. Dalam ucapannya wakil Menteri Pelajaran mengambarkan panahan busor dari penari Daerah Istimewa Jogjakarta melambangkan panahan cinta kepada hati supaya menyintai membaca. Melalui membaca satu bangsa yang dinamakan bangsa Indonesia akan unggul dan mantap. Hebat sungguh intipati ucapannya. Sekalian yang hadir adalah wakil-wakil dari penerbit di Malaysia : PTS, Al AMeen Serve, Saba Islamic Media, Cerdik Publications, Gemilang, Sasbadi, Dawama, dan Kualiti Publications, Mr Khaw dan En. Siatan .
3 November 2009
Permulaan yang agak jengkel... terlambat sedikit ke KLIA kerana terlepas ERL jam 6.50 pagi. Bos sudah menunggu dan aku tahu dia agak resah dengan kelewatan aku. Ini kerana pada asalnya aku akan dihantar terus ke KLIA tetapi sebaliknya. Rasa bersalah menghantui aku dan aku memohon maaf berkali-kali .
Pesawat
Tiba di hotel, rehat sebentar hingga jam 2.00 petang, terus bergerak ke Jakarta Convention Centre (JCC), meninjau tapak pameran dan berjumpa dengan Bpk. Ernst, Bpk Robin, Nurul dan Apri. Kami minum-minum dan makan Bakso dan Es Teler (Macam ais kacang). Booth Malaysia masih belum sedia lagi. Masa bergeak agak perlahan di Jakarta ni, lambat sejam dari Malaysia. Jadi kami jalan-jalan di shopping mall (kelas atasan) bersebelahan hotel dan makan-makan di FX ,(kelas sederhana). Malamnya rehat sahaja di hotel.
4 November 2009
9.00 pagi hingga 12.00 tgh
Hari ini adalah Pembukaan Rasmi IBF 2009. Bersarapan awal dan bergerak ke JCC jam 8.30 pagi. Perasmian sederhana dengan kehadiran wakil Menteri Pelajaran Republik Indonesia. Rasa berbesar hati bila En. Amran dari Kedutaan Besar Malaysia hadir bersama pada majlis perasmian. Dalam ucapannya wakil Menteri Pelajaran mengambarkan panahan busor dari penari Daerah Istimewa Jogjakarta melambangkan panahan cinta kepada hati supaya menyintai membaca. Melalui membaca satu bangsa yang dinamakan bangsa Indonesia akan unggul dan mantap. Hebat sungguh intipati ucapannya. Sekalian yang hadir adalah wakil-wakil dari penerbit di Malaysia : PTS, Al AMeen Serve, Saba Islamic Media, Cerdik Publications, Gemilang, Sasbadi, Dawama, dan Kualiti Publications, Mr Khaw dan En. Siatan .
Monday, November 2, 2009
PERJALANAN JAUH
Permulaan sebuah perjalanan adalah satu langkah . Langkah yang satu, sama ada kiri atau kanan akan menentukan berjaya atau tidaknya kita mencapai destinasi. Dalam perjalanan tentu saja banyak persinggahan. Pernah aku bayangkan perjalanan seumpama keretapi yang akan singgah satu stesen ke satu stesen hinggalah tiba kedestinasinya. Ada stesen yang cantik di tengah kota , ada stesen yang terperuk dirantau yang jauh. Ada masa kita akan singgah seandai perlu dan turun dari keretapi. Eh kenapa entri ini bercerita pasal keretapi ya... Sebenarnya dalam perjalanan ini terlalu banyak untuk dikongsi.
Saturday, October 31, 2009
PHD & LITERASI MAKLUMAT

Semalam, aku dipanggil untuk temuduga bagi permohonan PHD Pengurusan Maklumat di Kampus UiTM Puncak Perdana. Mujur juga Adibah bagi pandu arah jadi tidaklah tersasar. Di tanya pelbagai soalan, apa bidang yang hendak di buat, mengapa nak buat dan yang paling best sekali provokasi tetang masa. Jawapan aku mudah... "orang yang sibuk je boleh buat, orang yang ada masa biasanya tak buat" dan mereka tersenyum. Aku optimis dengan apa yang aku katakan. Biar sibuk macamanapun sebenarnya masa itu ada cuma bagaimana kita mengatur dan terpaksa mengaturnya. Sesungguhnya bagi aku, masa akan datang dan pergi ...
Monday, October 26, 2009
Tune Hotels
Aku telah menjelajah banyak lokasi sama ada dalam dan luar negara. dan banyak sudah hotel yang aku menginap. Dalam banyak-banyak hotel aku amat terkesima dengan Tune Hotel. Ini merupakan kali kedua aku menginap. Sekali di Kuala Lumpur dan kali ini di Pulau Pinang. Memang idea kreatif mewujudkan hotel sebegini memang boleh dibanggakan. Kita bayar apa yang mahu sahaja. Soal kemewahan tolak ke tepid an perkara yang di rasa tidak perlu tidak payah di bayar. Bayangkan dengan hanya bayaran sebanyak RM147.00 aku boleh tinggal untuk 3 malam dengan kemudahan katil dan bilik setaraf 5 bintang. Realitinya kemudahan TV dan keluasan bilik tiada, tetapi bagi aku sudah memadai dengan kipas dan ruang yang kemas dan selesa. Aku tidak berminat dengan penghawa dingin dan a
ku tidak perlu bayar 19.00 untuk itu. Orang seperti aku lebih meminati internet, jadi aku sewa Wi Fi sekadar RM12.00 untuk 24 jam. Amat membantu sebenarnya. Tuala dan kemudahan sabun boleh disewa dengan deposit 15.00 dan duit deposit itu akan dipulangkan apabila tuala dikembalikan ke kaunter semasa daftar keluar. Senang begitu.
Tetapi, pengalaman di hotel sebegini biasanya dihuni oleh mereka yang mempunyai bajet yang ala kadar dan perangai penghuni juga berubah , ala kadar je. Malam pertama di hotel, segerombolan penghuni Cina membuat bising. Agaknya baru sampai dan mereka seperti sangat teruja menginap di hotel. Riuh rendah bersembang antara bili ke bilik. Sibuk bertanyakan alat penghawa dingin dan berbual dengan nada suara yang tinggi. Sampai larut malam. Keesokkannya pula pagi lagi dah memekak. Panggil rakan dibilik sebelah. Aku hilang sabar dan membuka pintu menegur supaya mereka jangan bising sangat.
Malam kedua agak tenang dan aku boleh tidur lena, tetapi emosi ku banyak terganngu oleh perisitwa di Cherating. Semalam aku terjaga dan tidur dan terjaga berulang kali. Apabila bersendirian aku mejadi fobia dan trauma. Malam ketiga, aku cepat padamkan lampu dan tidur selepas solat Isyak. Aku berangan untuk tidur selena mungkin kerana aku letih setelah menyampaikan ceramah di Alor Star. Malangnya dalam jam 1.30 pagi, aku dikejutkan lagi dengan bunyi bising. Kali ini bukan suara tapi seperti pergerakan lebih daripada seorang. Aku menhendap keluar pintu melalui lubang keselamatan. Terkejut juga apabila mendapati empat orang (seorang perempuan dan tiga lelaki) sedang menggunakan bahasa isyarat tetapi seperti orang sedang bergaduh. Aku membuka pintu dan memberikan isyarat Kenapa? Mereka diam sebentar. Perkara tersebut berlarutan dan aku hilang sabar kerana menggangu ketenteraman aku yang hendak tidur. Aku hubungi kaunter hadapan dan memaklumkan perkara yang berlaku. Sejurus itu pengawal keselamatan datang dan mereka beredar ke bilik masing-masing.
Aku kesian pada diri sendiri... pengorbanan terlalu banyak aku lakukan. Perjalanan yang jauh memaksa aku mengorbankan masa rehat. Emosi aku masih lagi terganggu sebenarnya. Semangat aku belum pulih sepenuhnya dan semua perkara yang aku lakukan berbentuk luaran sahaja. Dalam diri terlalu banyak yang aku fikirkan. Hanya Tuhan yang mengerti hati ini dan kenapa pelbagai insiden yang tidak di ingini berlaku. Sungguhpun begitu, terima kasih kepada Tune Hotels dan aku amat selesa menghuni di situ serta mengingatkan aku kepada Back Pack di New Zealand.
ku tidak perlu bayar 19.00 untuk itu. Orang seperti aku lebih meminati internet, jadi aku sewa Wi Fi sekadar RM12.00 untuk 24 jam. Amat membantu sebenarnya. Tuala dan kemudahan sabun boleh disewa dengan deposit 15.00 dan duit deposit itu akan dipulangkan apabila tuala dikembalikan ke kaunter semasa daftar keluar. Senang begitu.Tetapi, pengalaman di hotel sebegini biasanya dihuni oleh mereka yang mempunyai bajet yang ala kadar dan perangai penghuni juga berubah , ala kadar je. Malam pertama di hotel, segerombolan penghuni Cina membuat bising. Agaknya baru sampai dan mereka seperti sangat teruja menginap di hotel. Riuh rendah bersembang antara bili ke bilik. Sibuk bertanyakan alat penghawa dingin dan berbual dengan nada suara yang tinggi. Sampai larut malam. Keesokkannya pula pagi lagi dah memekak. Panggil rakan dibilik sebelah. Aku hilang sabar dan membuka pintu menegur supaya mereka jangan bising sangat.
Malam kedua agak tenang dan aku boleh tidur lena, tetapi emosi ku banyak terganngu oleh perisitwa di Cherating. Semalam aku terjaga dan tidur dan terjaga berulang kali. Apabila bersendirian aku mejadi fobia dan trauma. Malam ketiga, aku cepat padamkan lampu dan tidur selepas solat Isyak. Aku berangan untuk tidur selena mungkin kerana aku letih setelah menyampaikan ceramah di Alor Star. Malangnya dalam jam 1.30 pagi, aku dikejutkan lagi dengan bunyi bising. Kali ini bukan suara tapi seperti pergerakan lebih daripada seorang. Aku menhendap keluar pintu melalui lubang keselamatan. Terkejut juga apabila mendapati empat orang (seorang perempuan dan tiga lelaki) sedang menggunakan bahasa isyarat tetapi seperti orang sedang bergaduh. Aku membuka pintu dan memberikan isyarat Kenapa? Mereka diam sebentar. Perkara tersebut berlarutan dan aku hilang sabar kerana menggangu ketenteraman aku yang hendak tidur. Aku hubungi kaunter hadapan dan memaklumkan perkara yang berlaku. Sejurus itu pengawal keselamatan datang dan mereka beredar ke bilik masing-masing.
Aku kesian pada diri sendiri... pengorbanan terlalu banyak aku lakukan. Perjalanan yang jauh memaksa aku mengorbankan masa rehat. Emosi aku masih lagi terganggu sebenarnya. Semangat aku belum pulih sepenuhnya dan semua perkara yang aku lakukan berbentuk luaran sahaja. Dalam diri terlalu banyak yang aku fikirkan. Hanya Tuhan yang mengerti hati ini dan kenapa pelbagai insiden yang tidak di ingini berlaku. Sungguhpun begitu, terima kasih kepada Tune Hotels dan aku amat selesa menghuni di situ serta mengingatkan aku kepada Back Pack di New Zealand.
Subscribe to:
Posts (Atom)