Sunday, June 19, 2011

FIN SEKETIKA

Finale, Period, Stop, Withdrawl dengan bahasa Melayunya berhenti tetapi untuk seketika ketika fikiran ini mahu direhatkan bagi benar-benar menikmati rehat yang hakiki.

Monday, February 28, 2011

Bandar Abbas, Iran


14 Story Telling Festival at Bandar Abbas, Iran : 19 - 22 Februari 2011.

Ini merupakan lawatan rasmi kedua ke Iran. Ibukota Iran hanya ditempuhi dengan bersahaja dan dingin salju masih lagi mencengkam. Setiba di Lapangan Terbang Imam Ayutollah Khomeni, Samoyeh sedia menyambut dengan matanya yang kuyu kerana kurang tidur. Terus di bawa ke Pejabat Kanoon Parversh kerana Chistina dan Rev. Ignatuos sedia menanti dengan penterjemah Iran. Pesawat Iran Air mengambil masa 1 jam 20 minit ke Bandar Abbas. Merentasi tanah yang gersang dan angin panas dari Teluk Parsi menyambut kami. Sekuntum mawar merah menyambut kami menandakan kami tetamu Kanoon Parvaresh.

Bandar Abbas terletak kebih 1400 km ke selatan Tehran. Kalau dilihat daripada sudut geografi Dubai lebih hampir dengan Bandar Abbas. Entah kenapa pihak penganjur tidak mencadangakan saya masuk ikut Dubai sahaja kerana pesawat Emerates berhenti di Lapangan Antarbangsa Dubai sebelum menyambung semula penerbangan ke destinasi lain.

Ketibaan kami di sambut dengan sekuntum mawar merah. Dalam foto ni Karen dari Jerman, Rev. Igantiois dari Greek, Samoyeh dari Iran (urusetia) dan Penterjmah untuk Karen. Ini di Lapangan Terbang Bandar Abbas


Festival ini dirasmikan oleh Imam dari Bandar Abbas, tak ingat namanya very Persian. tapi penuh dengan mengaji dan doa sebelum majlis bermula.

Persembahan daripada Negara Thai, Dr Tusa dan penterjemahnya Salema bercerita mengenai Ikan. Sungguh menarik. Festival yang berlangsung semala 5 hari in menarik juga tapi yang paling tidak tahan kerana memakan masa yang panjang. Majlis Penutup saja selama 6 jam dan tak pernah dibuat di negera kita, Apapun dapat berjumpa dengan ramai Story Teller daripada 19 negara seluruh dunia.


Friday, February 4, 2011

Antara Natrah dan Zana

Membaca Natrah Nadra@Hubedina Maria Hertogh@ Berta... Cinta. Rusuhan. Air Mata oleh Fatini Yaacob dan Sold oleh Zana Mohsen memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan seorang wanita yang begitu cekal mengharungi kehidupan yang begitu mencabar. Betul kata pepatah... tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia!
Menyingkap kembali peristiwa berdarah Natrah dan kehidupan yang ditempuhi selepas kembali ke Belanda dan kebahagiannya di ragut dengan begitu kasar sekali memberikan kesan psikologi yang begitu mendalam dalam dirinya. Saya amat terkesima dengan tulisan Fatini di akhir kisah Natrah :

Apa yang dilalui Natrah adalah perjalanan seorang insan mencari dirinya, Pencinta dirinya dan Pencinta takdir sedihnya ..... orang yang paling banyak menderita dan paling sengsara disebabkan perbuatan orang lain terhadap dirinya adalah manusia yang paling disayangi ALLAH - Pencipta takdir itu. " Berikan hati yang luka parah itu kepada manusia, kebanyakkan manusia akan menghancurkannya, berikanlah hati itu kepada Allah dia akan mengubatinya"

Begitu juga dengan Zana, kisah benar seorang gadis Yamen yang lahir di England tetapi dijual oleh bapanya kepada keluarga di Yamen. Hidup dengan penuh kesengsaraan Zana berjaya lari dan kembali semula ke London dan menemui semula kehidupannya.

Kisah kasih 2 insan ini secara langsung mengajar supaya menjadi cekal, tabah dan berani menghadapi cabaran . Kebahagiaan pasti ada , hanya masa menentukan dan kita akur dengan ketentuan Illahi.

Monday, January 10, 2011

KPI 2011

Perlukan meletakkan KPI dalam hidup ini? Persoalan yang menghantui setiap orang bila muncul tahun baru. Dulu kita sering ditanya ....apa azam tahun ini? Kini 2011 sudah mengenjak hari ke sepuluh aku masih terkial-kial mencari sebuah diari dan Kalender Kuda warisan nenek moyang yang memudahkan cara melihat tarikh dan cuti sekolah.
Bagaimana pula dengan KPI 2009? Tercapaikah semuanya? Pada aku, hidup ini dengan matlamat. matlamat duniawi perlu diseimbangi dengan matlamat akhirat. KPI hanyalah nombor dan tidak lebih dari itu.