Membaca Natrah Nadra@Hubedina Maria Hertogh@ Berta... Cinta. Rusuhan. Air Mata oleh Fatini Yaacob dan Sold oleh Zana Mohsen memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan seorang wanita yang begitu cekal mengharungi kehidupan yang begitu mencabar. Betul kata pepatah... tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia!
Menyingkap kembali peristiwa berdarah Natrah dan kehidupan yang ditempuhi selepas kembali ke Belanda dan kebahagiannya di ragut dengan begitu kasar sekali memberikan kesan psikologi yang begitu mendalam dalam dirinya. Saya amat terkesima dengan tulisan Fatini di akhir kisah Natrah :
Apa yang dilalui Natrah adalah perjalanan seorang insan mencari dirinya, Pencinta dirinya dan Pencinta takdir sedihnya ..... orang yang paling banyak menderita dan paling sengsara disebabkan perbuatan orang lain terhadap dirinya adalah manusia yang paling disayangi ALLAH - Pencipta takdir itu. " Berikan hati yang luka parah itu kepada manusia, kebanyakkan manusia akan menghancurkannya, berikanlah hati itu kepada Allah dia akan mengubatinya"
Begitu juga dengan Zana, kisah benar seorang gadis Yamen yang lahir di England tetapi dijual oleh bapanya kepada keluarga di Yamen. Hidup dengan penuh kesengsaraan Zana berjaya lari dan kembali semula ke London dan menemui semula kehidupannya.
Kisah kasih 2 insan ini secara langsung mengajar supaya menjadi cekal, tabah dan berani menghadapi cabaran . Kebahagiaan pasti ada , hanya masa menentukan dan kita akur dengan ketentuan Illahi.
No comments:
Post a Comment