Friday, June 20, 2008
Thursday, June 19, 2008
Jambatan Pulau Pinang
Memang agak menghairankan, dua hari berlang-alik dari Seberang Prai ke Balik Pulau jambatan Pulau Pinang lengang. Kalau waktu pagi dalalm jam 7.45 hingga 8.00, kereta punyalah banyak dari sebelum tol hinggalah ke jambatan. Hari ini dan semalam pergerakan lancar je. Hari ni balik dari Balik Pulau dan waktu peak tentu jam kat Batu Uban, tapi pelik semua lancar. Inilah kesan kenaikan harga minyak, rakyat mula sedar dan protes. Tapi yang pelik ada satu kenyataan dari TV (pengacara) , beria-ia suruh orang berjimat cermat tapi katanya jangan tak melacong pulak. Kenyataan orang yang tak reti bahasalah tu. Tengoklah nanti forum perdana mesti bawa isu berjimat-cermat. Pasti.
Monday, June 16, 2008
Sunday, June 15, 2008
Kemalangan UNSER - kenderaan pejabat
Tanggal 9 Jun 2008, tamatlah sudah riwayat kereta UNSER kenderaan pejabat yang terlibat dalam kemalangan di Bandar Bharu. Mujur kemalangan ini tidak meragut nyawa sesiapa. Sebelum itu UNSER yang banyak berjasa ni telah menghantar Ketua Unit Kualiti di Cameron Hihglands. Kemalangan berlaku semasa perjalanan pulang. Tuhan masih melindungi Zainal dan Hajat yang menghantar aku ke Cameron. Sebenarnya bukan salah UNSER tetapi akibat kecuaian lori ikan yang tiada brek merempuh UNSER dari belakang. Untuk kesekian kalinya, terima kasih atas UNSER yang banyak berjasa.
Gambar di Cameron Highlands :http://picasaweb.google.co.uk/hayati2k/Cameron_2008
Gambar di Cameron Highlands :http://picasaweb.google.co.uk/hayati2k/Cameron_2008
Tumbuh gigi
Cerita tumbuh gigi ni semua orang dalam dunia ni menghadapi, isu gobal macam turun naik minyak juga. Pengarah BTP kata semua barang naik tapi yang pasti hujan yang turun. Teringat masa gigi tak ada tahun 1970 , geli hati pun daya bila disuruh bergaya. Kini setelah mencecah 43 tahun Nabilah (anak bongsu pulak menghadapi situasi yang sama).
Friday, June 13, 2008
Buah Naga
Tadi pagi terkejut tengok bunga naga kembang. Harap-harap boleh membuahkan hasil kerana ini pokok sulong dan buah yang sulung. Sebelum ni ada 3 kuntum tapi sayang hanya sekuntum yang menjadi. Nak tahu kebih lanjut mengenai kelebihan buah naga ni, layari laman web di bawah: http://dragon.fruit.pitaya.fruit.foodlywise.com/dragon_fruit_health_benefits/
Thursday, June 12, 2008
Nostalgia di Cameron dan Mesyuarat ISO
Kelmarin berada di Cameron, nostalgia lama berputar kembali. Tinggal di Haritege Hotel, bekas rumah pertamaku di Cameron. Banyak sungguh perubahan, kini yang mendiami Cameron adalah generasi ketiga. Aku selusuri jalanan yang pernah membesarkan aku di zaman kanak-kanak hingga remaja dan terus ke sekolah lama. Tersentuh hati melihat bunga raya yang ditanam oleh arwah abah masih kekal menjadi pagar di SK Convent.
Thursday, June 5, 2008
Liku-liku
Ilham dari pengalaman 10 tahun bergiat Literasi Maklumat (LM)mendorong satu kerangka konsep yang perlu diselami oleh guru sebelum tahun apa itu LM sebenarnya. menyambung kembali nostalgia semasa bergiat dalam lapangan ini, banyak sungguh pengalaman yang dihimpun. Setelah mewakili PKG Butterworth dalam Konvensyen Kemahiran Maklumat (KM) di Feringhi Beach Hotel, menjadi sangat terkenal di kala itu, sering kali dipanggil untuk memberikan input kepada guru dari PKG lain dan kelangsungan darinya adalah Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif. Penglibatan tidak sepenuhnya kerana mejadi Penyelaras PKG Butterworth. Tamat pengajian di UPM , kembali bergiat dalam bidang ini dengan penerapannya di SMK Convent Butterworth.
p/s ada lagi yang nak ditulis , sedang cari gambar..
Wednesday, June 4, 2008
Kenangan Kemahiran Maklumat @Literasi Maklumat
Banyak kenangan bila Literasi Maklumat . Bermula di SK Sungai Nyior bersama kumpulan guru seperti Samsir Jemain (guru dari KL yang mengikut isterinya ke sini dan kini jadi pegawai di JPN - JU Sains), Hasji (guru dari Sarawak), Hasri, Zubir, Jamaliah, Salmah, Faraidah dan tak lupa Guru Besar ketika tu Pn. Siti Rohani. Kerja keras , tak kira masa kerana nak proses buku yang ada 5 kotak dan 2 almari. Risau , takut dan tak yakin semua ada. Walau apapun, langkah mesti dimula. Sungguhpun begitu, kami tidaklah stress giler walaupun tak faham apa nak buat masa mula mula dapat taklimat.
Subscribe to:
Posts (Atom)