Sunday, June 15, 2008

Kemalangan UNSER - kenderaan pejabat

Tanggal 9 Jun 2008, tamatlah sudah riwayat kereta UNSER kenderaan pejabat yang terlibat dalam kemalangan di Bandar Bharu. Mujur kemalangan ini tidak meragut nyawa sesiapa. Sebelum itu UNSER yang banyak berjasa ni telah menghantar Ketua Unit Kualiti di Cameron Hihglands. Kemalangan berlaku semasa perjalanan pulang. Tuhan masih melindungi Zainal dan Hajat yang menghantar aku ke Cameron. Sebenarnya bukan salah UNSER tetapi akibat kecuaian lori ikan yang tiada brek merempuh UNSER dari belakang. Untuk kesekian kalinya, terima kasih atas UNSER yang banyak berjasa.

Gambar di Cameron Highlands :http://picasaweb.google.co.uk/hayati2k/Cameron_2008

No comments: