Wednesday, September 10, 2008

Kejayaan

Hari ni hari yang paling bermakna, perjuangan untuk mendapatkan master dalam Literasi maklumat berhasil akhirnya. Tadi pagi ada viva di USM, punyalah gelabah rasa macam tak prepare je. mujur tuhan bagi lorong untuk jumpa dengan Dr. Mona yang banyak membantu dan memberi semangat. Kalau tidak hancur juga kerana short notice dan keadaan menjadi kalut bila BTP turun sampai dua group yang besar.
Aku dengan peniuh yakin membentangakan tesis yang dipengerusikan oleh Prof Madya Ramanathan, Prof Madya Wan fauzi, Prof madya Irfan naufal, prof Yusop Hashim dan dr mona sendiri. agak gugup juga pada mulanya tapi cara pengerusi membawa perbincangan membuatkan aku yakin untuk menjawab dan mendapat pujian dari Prof Yusop Hashim kerana dia pakar membangunkan modul serta amat berminat terhadap usaha tesis aku. Ada beberpa penambahbaikan yang perlu dibuat dan insyallah akan konvo pada bulan mac 2009 nanti.Yang paling best dapat A untuk tesis REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BERASASKAN THE BIG6.

Monday, September 1, 2008

Ramadhan


Ramadhan kembali lagi. Kali ni bertepatan dengan sambutan Merdeka yang ke 51. Sambutan Merdeka amat tak terasa tahun ni. Entah kenapa, mungkin effect dari kemenangnan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya umum lepas. Aku betul betul teruja dengan kehangatan kempen pilihanraya walau terpaksa ke Sabah untuk menyuarat MS ISO bersama Tengku. Tengah klimaks tengok orang pi mengundi tapi tak dapat mengikuti perkembangan penjumlahan undi, anyway Anuar menang dengan undi 31K lebih.

Mesyuarat ISO bil2 berjalan lancar, sepatutnya dua hari jadi 3 hari cos Timbalan Pengrah dapat hadir pada haru Jumaat je. Syabas untuk BTPN sabah yang memberikan layangan yang istimewa sepanjang berada di sana. pergi Restoren Kampung Nelayan lagi, memang aku tabik kat depa ni. Pada masa yang sama ada 3 berita baik:

1. USM call- Viva untuk master pada 10 Sept ni

2. Permohonan pertukaran ke MKBM tak lulus tapi dapat tukar ke BTP pada 1 Nov 2008

3. Kenaikan Pangkat secara time based DG 41 ke DG 44 untuk golongan seperti aku
(satu masa dulu cikgu sekolah rendah) telah ada pekelilingnya dan tarikh tutup
pada 30 September 2008. Ikut kriteria yang ditetapkan aku memang sangat layak (
kerja di dg29 - 9 tahun- jadi 3 tahun, PTK 4 dan berada di DG41 lebih 8 tahun)

Semoga Ramadan in membawa berkat walau terpaksa berpisah dengan anak-anak dan suami dalam bulan puasa ni.Alon berpuasa di Australia, Kak Yong berpuasa di Shah Alam, Fahmi di SMTSSS and abang di Serdang. dah nasib badan. Moga tarikh 21 September ni dapat menyatukan semua keluarga kembali