Wednesday, September 10, 2008

Kejayaan

Hari ni hari yang paling bermakna, perjuangan untuk mendapatkan master dalam Literasi maklumat berhasil akhirnya. Tadi pagi ada viva di USM, punyalah gelabah rasa macam tak prepare je. mujur tuhan bagi lorong untuk jumpa dengan Dr. Mona yang banyak membantu dan memberi semangat. Kalau tidak hancur juga kerana short notice dan keadaan menjadi kalut bila BTP turun sampai dua group yang besar.
Aku dengan peniuh yakin membentangakan tesis yang dipengerusikan oleh Prof Madya Ramanathan, Prof Madya Wan fauzi, Prof madya Irfan naufal, prof Yusop Hashim dan dr mona sendiri. agak gugup juga pada mulanya tapi cara pengerusi membawa perbincangan membuatkan aku yakin untuk menjawab dan mendapat pujian dari Prof Yusop Hashim kerana dia pakar membangunkan modul serta amat berminat terhadap usaha tesis aku. Ada beberpa penambahbaikan yang perlu dibuat dan insyallah akan konvo pada bulan mac 2009 nanti.Yang paling best dapat A untuk tesis REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BERASASKAN THE BIG6.

1 comment:

Setiausaha LDP SBPIR said...

Tahniah, Lepas ni boleh ke pinjam tesis tu, nak buat rujukan/bacaan sebab saya tengah buat modul pengajaran kendiri kerja kursus sejarah bercirikan literasi maklumat.Harap sangat.
roslina1@streamyx.com