Monday, April 26, 2010

ULANG TAHUN

Selamat hari jadi untuk diri sendiri. Ulang tahun ke 45, dan 45 tahun sudah suara ibu hilang.Seusia ini kematangan melingkari segala gerak laku. Rintangan, tohmahan, cabaran bermain di dalam kehidupan seharian. Kalau diminta untuk mengukir bait-bait dan sketsa kehidupan. Pasti banyak bunga-bunga yang akan ku lakar dan bebatu juga akan terpancar dalam sketsa itu.
Di sini bunga-bunga mekar gambaran kejayaan dan kemanisan sering mengiringi saat-saat kejayaan. Di sini juga aku mengingati bait-bait Ebiet G Ade...

DI SINI DI BATU INI
AKAN KU TULISKAN LAGI
NAMAKU DAN NAMAMU....

MAAFKAN BILA WAKTU ITU
DENGAN TULISAN NAMA KITA
KU ANGGAP ENGKAU BERLEBIHAN...

Huh... layan jiwanglah pulak...

Monday, April 19, 2010

KEINDAHAN ILLAHI



Pernah aku terkesima
pada sebuah alam ciptaan Illahi
terlalu takjub aku
telalu kecil rasanya aku
terlalu Agung ....
16 April 2010
12 batu tunggul menyambut aku
hingga aku meledani memori kelmarin
ini yang pernah aku gelumangi
ini yang pernah aku lukis berkali-kali
ini yang pernah aku hafal dan aku muntahkan
kata guruku..Cik Aminah
ini batu tunggul...
ada 12 semuanya tinggal 8 dimamah
ombak besar Lautan Selatan




- norhayati razali-
The Great Ocean Road, Victoria Australia
20 april 2010

Sunday, April 4, 2010

ALA-ALA AMAZING RACE DI VENICE


Venezia

24 Mac 2010

Ini merupakan entri yang kedua atas tajuk yang sama. Kelmarin sudah memasuki Entri dengan penuh perasaan dan perkongsian maklumat yang agak menarik aku rasa. Entah kenapa. dalam sekelip mata semua hilang dan belum sempat untuk disimpan walau dalam bentuk daft. Agak kecewa juga…. Apakan daya kita merancang tuhan menentukan.

Kota Venice @ Venezia dalam Bahasa Italy… tempat yang mengujakan bagi sesiapa sahaja yang melawat Italy. Tidak sah lawatan ke Italy kalau tidak berkunjung ke Venice. Pusat perdagangan dan keseluruhan kota dihubungi oleh taliair. Kalau dilihat, Malaysia pun boleh buat…. Melaka sudah ada jolokan Venice di Timur.

Perjalanan ke Venice dari Bologna tidak lama, dalam satu jam setengah dan ditemani oleh pemandangan yang tidak berapa menawan kerana akhir musim sejuk dan awal musim bunga. Trenitalia menyusuri perjalanan ke Venice dengan tambang Euro 40,05 untuk tiga orang bagi kelas 1. Sebenarnya tiada bezanya antara Kelas 1 dan Kelas 2, Cuma tempat duduk yang berkusyen empuk dan tempat duduk yang berkusyen plastik. Beza pada tambang, lebih sekali ganda .

Kami sempat menjamu selera di sebuah restoran milik warga Mesir dan seronoknya bila berjalan dengan Datuk Sharuddin, tak banyak kisah dan mesti makan dulu sebelum bergerak. Jadi kami makan spageti makanan laut, pizza makanan laut dan ikan bakar . selesai urusan biologi , kami teruskan perjalanan. Mundar mandir dalam kota Venice. Kami ketemu dengan Mamat Bangla yang pernah bekerja di Malaysia dan amat fasih berbahasa Melayu. Dia memperkenalkan kepada kami suatu tempat yang murah untuk berbelanja barangan kulit : PANORAMA , Mudah sahaja katanya, naik bas dan tidak berapa jauh dari Bandar Venice.

Masa agak petang… setelah penat mencari Hj Shaari yang hilang dari penglihatan kerana ke tandas, kami berpatah balik ke stesen asal. Alhamdulillah dia menanti kami. Kami teruskan perjalanan ke PANAORAMA, mencari bas …. Tidak kelihatan. Kesudahannya kami menaiki teksi sahaja. Cepat. Sebenarnya, apa yang dalam kotak pemikiran kami adalah sebuah pasar Flea Market sepeti pasar malam kita di sini, rupa-rupanya kompleks membeli belah. Saling tidak tumpah seperti Giant atau Tesco…. Aduh kecewa sungguh rasanya. Kami masuk ke dalam kompleks tersebut… mundar mandir tanpa arah dan dan hari semakin gelap. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke Venice. Cari bas dan bas masih tidak kelihatan. Akhirnya nampak sebuah bas tercatat PANORAMA dan akan bergerak ke Venice jam 6.30 petang. Jam ditangan 6.20 petang. Kami bergegas ke arah bas berkenaan. Nasib kami agak malang, memang bas itu ke Venice dan percuma tetapi dengan syarat perlu ada resit pembelian dari pasaraya. Aduh…. Nak beli apa ya.

Aku mengambil keputusan bergegas ke pasaraya dengan Datuk dan Hj Shaari standby dengan pemandu bas. Jangan lewat.. kerana budaya mereka di Italy memang tepat masa. Aku berlari-lari mencari apa yang nampak nyata… ya coklat Feraro Roche, aku ambil satu buat syarat, tapi Datuk kata ambil lagi 2 , berlari pulak ke kaunter pembayaran. Alamak.. ada nenek tua yng terkial-kial baru nak bayar. Masa tingggal 5 minit lagi.. Berbaris sudah 2 minit .. ada lagi 3 minit. Betu-betul macam Amazing Race rasanya. Akhirnya kami berjaya membayar dan berjaya juga naik bas percuma…HUH! Letih tapi seronok…. Sungguh mencabar bila berada di luar negara. Tidak mengapa… aku mendapat hadiah yang amat bernilai selepas itu.. terima kasih kepada yang memberi.