Venezia
24 Mac 2010
Ini merupakan entri yang kedua atas tajuk yang sama. Kelmarin sudah memasuki Entri dengan penuh perasaan dan perkongsian maklumat yang agak menarik aku rasa. Entah kenapa. dalam sekelip mata semua hilang dan belum sempat untuk disimpan walau dalam bentuk daft. Agak kecewa juga…. Apakan daya kita merancang tuhan menentukan.
Masa agak petang… setelah penat mencari Hj Shaari yang hilang dari penglihatan kerana ke tandas, kami berpatah balik ke stesen asal. Alhamdulillah dia menanti kami. Kami teruskan perjalanan ke PANAORAMA, mencari bas …. Tidak kelihatan. Kesudahannya kami menaiki teksi sahaja. Cepat. Sebenarnya, apa yang dalam kotak pemikiran kami adalah sebuah pasar Flea Market sepeti pasar malam kita di sini, rupa-rupanya kompleks membeli belah. Saling tidak tumpah seperti Giant atau Tesco…. Aduh kecewa sungguh rasanya. Kami masuk ke dalam kompleks tersebut… mundar mandir tanpa arah dan dan hari semakin gelap. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke Venice. Cari bas dan bas masih tidak kelihatan. Akhirnya nampak sebuah bas tercatat PANORAMA dan akan bergerak ke Venice jam 6.30 petang. Jam ditangan 6.20 petang. Kami bergegas ke arah bas berkenaan. Nasib kami agak malang, memang bas itu ke Venice dan percuma tetapi dengan syarat perlu ada resit pembelian dari pasaraya. Aduh…. Nak beli apa ya.
Aku mengambil keputusan bergegas ke pasaraya dengan Datuk dan Hj Shaari standby dengan pemandu bas. Jangan lewat.. kerana budaya mereka di Italy memang tepat masa. Aku berlari-lari mencari apa yang nampak nyata… ya coklat Feraro Roche, aku ambil satu buat syarat, tapi Datuk kata ambil lagi 2 , berlari pulak ke kaunter pembayaran. Alamak.. ada nenek tua yng terkial-kial baru nak bayar. Masa tingggal 5 minit lagi.. Berbaris sudah 2 minit .. ada lagi 3 minit. Betu-betul macam Amazing Race rasanya. Akhirnya kami berjaya membayar dan berjaya juga naik bas percuma…HUH! Letih tapi seronok…. Sungguh mencabar bila berada di luar negara. Tidak mengapa… aku mendapat hadiah yang amat bernilai selepas itu.. terima kasih kepada yang memberi.
No comments:
Post a Comment