Wednesday, March 31, 2010

ROMA-BOLOGNA-VENEZIA-FIRENZE SMN-PISA-MILAN

Perjalanan yang panjang bermula lagi dari 22 - 28 Mac 2010. Atas urusan pekerjaan dan rezeki yang dikurniakan Allah aku melangkah seorang diri mengharungi waktu yang lewat 7 jam dari tanah tumpah darahku. Setelah berjuang berhabis-habisan mentadbir Perasmian 2 acara besar : Pesta Buku Kuala Lumpur ke 29 dan Persidangan Antarabangsa Buku Kanak-kanak dengan kehadiran VVIP - YAB Timbalan Perdana Menteri & YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri, kepuasan benar-benar terpancar. Walau majlis ada cacat celanya di sana sini itu yang mampu kami lakukan. Syabas dan tahniah untuk diri ini dan rakan seperjuangan- Fadli , Adibah dan Sharif.

Roma
23 Mac 2010
Bertolak dari PWTC jam 4.30 petang dan singgah di rumah mengemas pakaian ala kadar untuk bergerak ke Rome. Memandu sendiri ke stesen LRT Putrajaya dan menaiki ERL ke KLIA. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. masih awal lagi. terus saja ke terminal C. Sambil bersantai menikmati Meehon Kari yang begitu besar mangkuknya dan tak habis makan.

Pesawat MH 15 berkongsi kod penerbangan dengan Aitalia meluncur laju meninggalkan KLIA tepat jam 11.45 malam. Sepanjang perjalanan tidur dan membaca buku Bahlut karya Faisal Tehrani. Masa dirasakan amat panjang. MH 15 selamat mendarat di Lapangan Terbang Fumicino Rome jam 4.50 pagi. Tepukan gemuruh penumpang memeberikan ucapan tahniah kepada juruterbang yang begitu lembut mendarat atau mungkin tepukan menandakan hilang rasa bosan selepas berjam-jam duduk di kusyen keras pesawat. Perjalanan ke Bologna mengambil masa 1 jam 10 minit tetapi terpaksa melengung di lapangan terbang Fumicino hampir 4 jam. Bosan sungguh rasanya. Tiba di lapangan terbang Guilelio Macaroni Bologna jam menunjukkan 10.30 pagi.

Bologna
23 Mac 2010

Menginap di Hotel Europa. Berhampiran stesen keretapi. Ini pengalaman kedua ke Bologna dan lebih kurang tahu keadaannya. Cuaca 8 darjah Celcuis di akhir musim sejuk dan permulaan musim bunga menyambut kehadiranku. Kamar penginapan selesa dan sesuai untuk seorang penghuni. Jam 1o.30 pagi bergerak ke Fiare Conztituzione dan menunggu Dato' Sharuddin serta Hj. Shaari. Di Hall 29 / 43, rakan lama telah menanti.

No comments: