Tuesday, March 16, 2010

KERESAHAN

Jika mahu diungkit apa yang terpendam di saat ini.. pasti sekali keresahan yang membalut tubuh. Selagi ia tidak mendatangkan hasil... umpama busut anai-anai yang semakin meninggi dari hari kehari. Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Juga .... seumpama merungkai bebenang yang kusut yang perlu dileraikan satu persatu. Inilah situasi yang perlu di tempuhi. Semua ingin melihat keindahan. semua ingin melihat yang cantik dan sedap dipandang mata. Tetapi ada kalanya ia akan hilang. Yang cantik tidak semestinya menarik. Yang cantik itu juga pernah melalui saat-saat sukar. Yang cantik itu juga pernah kehilangan dan yang cantik itu mengingatkan pada ninda yang telah 30 tahun pergi. Ninda yang sering bermadah dengan selokanya kerana aku cucu sulongnya. Madah ninda ...

Barang siapa tak sembahyang

Allah tak kasih nabi tak sayang

Dan yang paling aku ingati sampai kini..... bila aku memuji-muji kecantikan dengan sinis ninda berpesan...
Orang Arab pulang ke Arab
Naik sampan berderap-derap
Orang cantik jangan diharap
Selak kain nampak kurap

wakakakaka...... aku tergelak sendiri.

Mungkin... kecantikan yang dikejar membuatkan aku terlalu resah....dan aku mahu kembali ke kampung , duduk ditangga batu sambil menyedut buah bacang yang disumbat garam kasar atau kicap....

No comments: