Saturday, May 29, 2010

KOTA METROPOLITAN TOKYO

Inilah penggembaraan pertama di Negara Matahari Terbit. Bersih dan cantik. Cantik itu subjektif sifatnya dan yang cantik hanya pada pandangan mata yang melihat. Tetapi, jika bersih? Bagaimana? Falsafah disebalik kecantikan adalah kebersihan. Ini yang ada di Tokyo. Jika dibandingkan dengan Eropah, seperti Italy dan Frankfurt, Milan dan Florence.. Tokyo nampak lebih cantik kerana bersih. Budaya yang mementingkan kebersihan. Setiap pagi , setiap isi rumah perlu menyapu kawasan halaman rumah, dan menjadi perkara wajib serta dilaksanakan secara bergilir-gilir. Prinsip masyarakat Jepun ini senang, jika sudah bersih tentu tidak akan ada yang menggotorkannya. Satu lagi, tidak ada orang yang makan sambil berjalan... mudah sahaja prinsipnya... kerana tidak ada penjual jalanan, jadi peluang untuk membuang sampah di merata-rata tempat tidak ada. Mereka juga ada hari-hari tertentu untuk membuang pelbagai jenis sampah. Sampah domestik dikelaskan kepada botol, kertas dan buangan dapur dan hanya akan dipungut dua kali seminggu sehaja. Budaya yang diterapkan.... kurangkan pembuangan sampah. Stesen-stesen keretapi bawah tanah juga bersih, tidak berhabuk. Bolehkah budaya ini diterapkan kepada masyarakat Malaysia?
Sesuatu perlu dilakukan .... paradgima perlu di ubah! Budaya bersih perlu diterapkan dari rumah lagi!

Thursday, May 20, 2010

CERPEN MIKRO

Teringin benar rasanya menulis novel,, tentang kehidupan, tentang perjalanan dan tentang penggembaran. Seperti Faisal Tehrani rasanya elok bermula dengan cerpen mikro. Mudah , ringkas dan padat. Terkandang idea mencurah-curah tetapi terbantut di pertengahan jalan. Sekarang membaca dua buah buku serentak...Sanggetha karya Azizi Abdullah. Sungguh indah kata-katanya tentang cinta di lewat usia :

Cinta tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terluah dan disambut, alangkah indahnya. Cinta yang terhalang derita jadinya. Namun, bagaimana jika cinta itu cinta terpendam, datang tanpa diundang, keliru antara sayang dan kasihan? Kata orang, adat muda menanggung rindu, namun jika orang tua yang memendam rasa bagaiman?
Azizi Hj. Abdullah


Membaca Karya nan Indah oleh Faisal Tehrani... sungguh mengujakan, panduan menjadi penulis dengan serba ringkas dan padat. Telah ku hadiahkan buku tersebut kepada Tan Sri Dr.Zulkurnain Awang, KSU KPM tanda penghargaan kerana membimbingku menulisMemorandum Jemaah Menteri. Memang dia minat membaca dan menulis tetapi untuk menghabiskan penulisnya belum berkesempatan katanya.

Membaca pula Cukup Wang Hati Senang, begitu juga panduan yang sangat mudah dengan kata-kata indah untuk membahagiakan hati yang terkadang begitu gundah dengan masalah kewangan yang kadang kala meruncing. Mungkin akan menjadi kata-kata indah dan kenangan abadi buat titipan insan yang baik budi.

Tuesday, May 18, 2010

PINDAH

Rasa 50-50, seronok berbaur duka. Hampir setahun setengah di Blok E12 , Aras 14 KPM, kami secara paksa rela berhijrah ke Cyberjaya di Bangunan Mustapa Kamal. Indah, cukup cantik, cukup selesa untuk bekerja tetapi agak jauh dengan dunia KPM. Apakan daya.. Hari ini 18 Mei 2010 berhijrah sekali lagi.. Hijrah membawa Barakah.

Monday, May 3, 2010

KEMBARA KOTA BUKU KUALA LUMPUR

Saja nak kongsi bersama.. beberapa berita gembira , asyik dengar berbelasah-belasahan pun tak seronokkan juga. Tapi itulah roda kehidupan, terkadang kita di atas , terkadang kita di bawah.
Sepanjang minggu lepas saya dapat menyiapkan 6 siri buku kanak-kanak untuk pra sekolah... lega betul rasanya. Adalah satu penerbit tu nak masuk tender untuk buku kanak-kanak , buku dan tema diberikan dan mahu dalam bentuk bacaan bergred.Akhirnya terhasillah 6 tajuk bacaan bergred :
1. Permainan Rakyat : GULI
2. Jasa Bakti : JASA BUDI
3. Buah-buahan : MUSIM BUAH-BUAHAN
4. Nasihat : NASIHAT BERGUNA
5. Pintar : RAJA YANG PINTAR
6. Tolong Menolong : TOLONG MENOLONG

Selepas tu buku Literasi Maklumat saya yang agak lama tertangguh dan sepatutnya dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari juga berjaya saya siapkan dan nak hantar manuskripnya pada satu lagi penerbit. Seronok betul rasanya .

KOTA BUKU KUALA LUMPUR

Satu entiti yang banyak liku-likunya. Sehingga kini kami telah menjelajah 3 bangunan untuk memcari tapak sementara KBKL. Tadi jam 2.00 saya ke KPKK di Dataran Merdeka, saja nak tinjau-tunjau tapak sementara KBKL. Di bangunan Sultan Abdul Samad tak ada kosong, jadi... kami bergerak ke Perpustakaan KL, punyalah jauh berjalan dengan kasut tumit tinggi. Bawa pulak folder... kata Datuk macam salesmen pulak. Adoi.... Pengerusi ITNM turun padang jalan-jalan dibawah rembang matahari.... terharu sungguh rasanya. Kami explore ke bangunan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur yang tidak berpenghuni dan nampak Datuk teruja sungguh. Lokasi sesuai dan berdekatan dengan kawasan pelancongan. Memang happening nanti.
Akhirnya..... bila balik ke rumah.....huhuhu sakit kaki....kalau KBKL jadi kenyataan dan tidak kira siapa miliknya, banyak sejarah yang boleh dilakarkan. Kalau saya balik ke Pulau Pinang satu hari nanti saya akan katakan pada cucu-cucu saya.... itulah hasil belasah-belasahan nenek dulu....