Monday, July 28, 2008

Bosan

Selalunya waktu-waktu begini sungguh sibuk dengan pelbagai kerja, tapi hari ni hidup terasa membosankan. rutin hidup hari-hari sama je. pagi hantar nabilah petang balik tengok arnab , malam mengadap laptop n tidur. solat sudah pasti perkara wajib.

30 julai lepas dapat offer short course kat New Zealand, my dream country sejak kecil lagi. pernah sekali dalam tahun 1998 dapat interview Benson and Hedges Golden Dream, destinasi adalah New Zealand , tujuan dank pi tu nak potong bulu kambing biri-biri, anak-anak yang masih di sekolah rendah masa tu ketawa dengar mak bercita-cita nak potong bulu kambing biri-biri. malangnya tak berjaya mungkin masa tu perempuan melayu dan berkerudung tidak layak untuk pergi. pasrah akhirnya mungkin tiada rezeki.

kali ni selepas 10 tahun peluang datang sekali lagi, aku akan cuba sedaya upaya untuk pergi juga.
alhamdullilah abang izinkan, cuma menanti laluan dari BTP. Kursus ini memakan masa sebulan di Universiti of Victoria , Wellington, tempat faiz belajar. Moga mendapat laluan lancar dari yang Maha Esa.

Tuesday, July 15, 2008

Kenangan di Bogor via Jakarta


Sampai di Jakarta jam 4.30 ptg dan terus dibawa ke Bogor dan makan di sana. Bermalam di Hotel Pangrago 2 bersama Ju dan Jura. Pagi lagi sudah ke Tajur, cari tas, apalagi. Malang kedai yang pernah dikunjungi tu tutup. Then makan tengahari di food court di Giant. Selepas itu, aduh..... aku di serang diaherrea. Mungkin juadah ini yang menyebabkan aku sengsara sepanjang berada di Bogor. Mujur Faridah bawa imodium.

Monday, July 14, 2008

I-WIL Bogor , 7-11 Julai


Hah, baru ada peluang nak tulis dalam blog ni, dah lama membisu. Sebenarnya banyak yang nak ditulis sejak dari belum berangkat ke Jakarta sampailah pulang. Inilah liku-liku gerakan Literasi Maklumat, tetapi aku diangkat mejadi fasilataor International dalam Information Literacy.

Banyak dugaannya tapi aku happy kerana bertemu rakan dari seluruh Indonesia, dari Aceh hingga Kupang, Irian Jaya dan Menado. Thanks dengan fasilatator international lain dari Singapura - Faridah Ibrahim, Dr. Diljit dan Pn Rashidah - Malaysia, Wawta- Thailand and Pham dari Vietnam and also expertise dari Indonesia - Hanna, Ratna, Dora dan beberapa nama yang tak dapat nak ingat. Gerakan Literasi Maklumat baru mula bertapak di Indonesia dan mereka beruntung kerana tenaga muda yang ramai. Mungkin faktor geografi yang sedikit membantut usaha.

Paling enjoy bila dapat shoping kat Tanah Abang dan Mangga Dua. tak rasa duit keluar macam air dan akibatnya kena bayar access laguage sampai 200.00. tapi aku puas dapat pergi tempat sebegitu dan tak puas shoping kat gedung tas tanan Tajur. Bila balik terkejut juga beli beg tangan sampai sepuluh. Murah memang murah. Rasa mahu lagi ke sana, ke Puncak yang aku miss sebab kena ke CICO dan jalan-jalan di pasar Bogor yang tentunya murah. Aku tak akan lupa pada rakan serumah, Lis dari Padang, Indah dari Bogor, Elza dari Ambon dan Efi dari Jogjakarta. Juga, Dessy, Cono, Sungsang, Dapek, Robby yang comel, Edwin yang pendiam, Mendy yang fasih berbahasa Inggeris, Jenny yang tabah dengan serangan kanser , Ibu Yati yang ganteng, ibu Umi yang aktif dan tak lupa Hanna Latuputty yang begitu hebat menguruskan I-WIL sampai berjaya. Aku mahu sepertinya , nanti akan berkerjasam dengan IFLA melalui Pn. Rashidah. Tak lupa Faridah dari Singapura dan Wawta serta Pham yang sporting. Rasa macam nak buat trip ke sana , bawa GPM Pulau Pinang tukar-tukar fikiran.