Monday, July 14, 2008

I-WIL Bogor , 7-11 Julai


Hah, baru ada peluang nak tulis dalam blog ni, dah lama membisu. Sebenarnya banyak yang nak ditulis sejak dari belum berangkat ke Jakarta sampailah pulang. Inilah liku-liku gerakan Literasi Maklumat, tetapi aku diangkat mejadi fasilataor International dalam Information Literacy.

Banyak dugaannya tapi aku happy kerana bertemu rakan dari seluruh Indonesia, dari Aceh hingga Kupang, Irian Jaya dan Menado. Thanks dengan fasilatator international lain dari Singapura - Faridah Ibrahim, Dr. Diljit dan Pn Rashidah - Malaysia, Wawta- Thailand and Pham dari Vietnam and also expertise dari Indonesia - Hanna, Ratna, Dora dan beberapa nama yang tak dapat nak ingat. Gerakan Literasi Maklumat baru mula bertapak di Indonesia dan mereka beruntung kerana tenaga muda yang ramai. Mungkin faktor geografi yang sedikit membantut usaha.

Paling enjoy bila dapat shoping kat Tanah Abang dan Mangga Dua. tak rasa duit keluar macam air dan akibatnya kena bayar access laguage sampai 200.00. tapi aku puas dapat pergi tempat sebegitu dan tak puas shoping kat gedung tas tanan Tajur. Bila balik terkejut juga beli beg tangan sampai sepuluh. Murah memang murah. Rasa mahu lagi ke sana, ke Puncak yang aku miss sebab kena ke CICO dan jalan-jalan di pasar Bogor yang tentunya murah. Aku tak akan lupa pada rakan serumah, Lis dari Padang, Indah dari Bogor, Elza dari Ambon dan Efi dari Jogjakarta. Juga, Dessy, Cono, Sungsang, Dapek, Robby yang comel, Edwin yang pendiam, Mendy yang fasih berbahasa Inggeris, Jenny yang tabah dengan serangan kanser , Ibu Yati yang ganteng, ibu Umi yang aktif dan tak lupa Hanna Latuputty yang begitu hebat menguruskan I-WIL sampai berjaya. Aku mahu sepertinya , nanti akan berkerjasam dengan IFLA melalui Pn. Rashidah. Tak lupa Faridah dari Singapura dan Wawta serta Pham yang sporting. Rasa macam nak buat trip ke sana , bawa GPM Pulau Pinang tukar-tukar fikiran.

No comments: