Monday, July 28, 2008

Bosan

Selalunya waktu-waktu begini sungguh sibuk dengan pelbagai kerja, tapi hari ni hidup terasa membosankan. rutin hidup hari-hari sama je. pagi hantar nabilah petang balik tengok arnab , malam mengadap laptop n tidur. solat sudah pasti perkara wajib.

30 julai lepas dapat offer short course kat New Zealand, my dream country sejak kecil lagi. pernah sekali dalam tahun 1998 dapat interview Benson and Hedges Golden Dream, destinasi adalah New Zealand , tujuan dank pi tu nak potong bulu kambing biri-biri, anak-anak yang masih di sekolah rendah masa tu ketawa dengar mak bercita-cita nak potong bulu kambing biri-biri. malangnya tak berjaya mungkin masa tu perempuan melayu dan berkerudung tidak layak untuk pergi. pasrah akhirnya mungkin tiada rezeki.

kali ni selepas 10 tahun peluang datang sekali lagi, aku akan cuba sedaya upaya untuk pergi juga.
alhamdullilah abang izinkan, cuma menanti laluan dari BTP. Kursus ini memakan masa sebulan di Universiti of Victoria , Wellington, tempat faiz belajar. Moga mendapat laluan lancar dari yang Maha Esa.

No comments: