Sejak kelmarin, suasana politik di Malaysia khususnya di permatang pauh panas memang panas. Datuk Sri Anuar Ibrahim (DSAI) kembali ke persada politik dengan seribu onak duri. membaca entri Azreen rasa sedih juga, teringat zaman duduk di Taman Mohd Amin selama 6 bulan dan lepas tu pindah ke rumah kecil di kampung permatang janggus. masa tu Azreen berumur 1 tahun setengah dan Kak Yong dalam kandungan . SK To' Kandu menjadi destinasi pertama semasa mengajar dna banyak kenangan. tahun 1994, 11 orang guru dari SK Tok Kandu ambil STPM,4 darinya dapat full cert, termasuk aku. semua kami berjaya dalam career kami. Dzol jadi pegawai akademik di PPD tengah, aku jadi PP kat BTPN, zainudin juga jadi pegawai di PPD dan ramai lagi.
Permatang Pauh satu pekan kecil je tapi kini membangun begitu hebat, hingga hari ni aku, ibu dan suami kekal jadi pengundi di Permatang pauh. Nanti tanggal 26 Ogos sekali lagi aku akan mengundi untuk sati harapan baru. Panas memang panas.
No comments:
Post a Comment