Semalam bersama abang dan kak yoong ke Taman Guar Perahu nonton ceramah DSAI, Haron Din dan Hj Hadi (sekejap je ). Dalam hujan renyai lautan manusia tidak berganjak dari tempat duduk, sabar menanti DSAI berucap. Aku seronok menengok gelagar politik di malaysia ini especially di permatang pauh. Minggu ni minggu sumpah-sumpah. mula dengan sumaph laknat , sumpah najib dan sumpah tajol rosli, mujur belum ada yang jadi sesumpah. Kita tunggu dan lihat kesannya, kalau tidak hari ni akan datang akan ada effectnya juga. Yang pasti menurut alim ulama isu sumpah ni jangan dipermainkan dan isu agama juga bukan jadi mainan . jangan jadikan alasan tgak nampak kesannya secara cash perkara -perkara berkaitan dengan agama jadi bahan politik. Aku masih ingat Kak Lat (Latifah Mohamad) YDP Persatuan pelajar MPPM dulu, cukup-cukup sensetif bila isu agama jadi gurauan, pernah sorang junior ditempelaknya bila bergurau pasal pementasan minggu keislaman.
Tanggal 26 Ogos, tarikh keramat bagi yang bertanding di P44. Aku juga salah seorang pengundi dan pada masa yang sama terpaksa ke kota kinabalu mesyuarat ISO. Mujur juga Lim Guan Eng bagi cuti khas kepada rakyat Pulau Pinang untuk keluar mengundi. tahniah Lim Guan Eng kerana prihatin kesukaran untuk keluar mengundi masa waktu bekerja. Harapan semoga piliharaya ni akan merubah corak politik negara dan semoga slepas ini kestabilan dapat di rasai. Apa yang mahu aku lhat lahirnya tokoh yang boleh dijadikan teladan kepada generasi depan.
No comments:
Post a Comment