Sunday, August 24, 2008

Kenduri Kahwin di Kampung Baru


Semalam, 23 Ogos 2008, kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Meriah juga tapi sederhana je. Semua orang kampung turun membantu Kak Shimah. Kaum ibu juga turut serta dengan uniform yang telah dipersetujui. Tengoklahlah macik-makcik ni bergaya dengan baju yang sedondon membuatkan pakcik-pakcik jealous juga. Ini tanda kesatuan masyarakat Kampung Baru yang aku tinggal. Masyarakatnya yang rata-rata terdiri daripada mantan anggota kerajaan dan hidup harmoni.
Selalunya kami jarang berjumpa, sibuk dengan urusan masing-masing tapi kalau ada kenduri atau majlis-majlis keagamaan semua akan turun bergotong royong.