Friday, December 18, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU

Hari ini(19 Disember 2009), genap setahun berkhidmat sebagai pegawai di Majlis Buku Kebangsaan. Sebagai urus setia sebuah organisasi yang kecil di bahagian KPM tetapi mempunyai amanah yang sangat besar membangunkan kalangan penulis dan penerbit di Malaysia. Setahun sudah berlalu terlalu banyak pengalaman yang amat berharga dan sukar untuk dicatatkan sepenuhnya. Pengalaman menguruskan delegasi Malaysia ke International Children's Book Fair 2009 di Bologna , Italy membawa diriku merantau jauh ke negara Eropah terutama Frankfurt dan Italy ( Rome, Venice, Florence dan Bologna sendiri). Pertemuan bersama delegasi antarabangsa dalam Pesta Buku Antarabandsa Kuala Lumpur 2009 dan Pesta Buku Indonesia banyak mengajar aku mengenali mereka yang aktif dalam penerbitan peringkat serantau - ASEAN dan antarabangsa.
Begitu juga dalam bidang penulisan draf cadangan, kertas kerja, teks ucapan dan pelbagai jenis surat menyurat melangkaui pelbagai jenis agensi dan orang perseorangan memuatkan pengalaman setahun seumpama sepuluh tahun . Syukur , dengan latar belakang bidang pengurusan dan perhubungan intrapersonal banyak membantu melancarkan urusan. Penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur juga merupakan pengalaman yang paling berharga dalam membuat brief projek. Dari sebuah organisasi yang kosong, kita bangunkan, seumpama membina sebuah rumah.
Tahun ini juga merupakan detik yang manis, menguruskan aktitviti Pengembangan Budaya Membaca sehingga disiarkan dalam slot Peristiwa, Berita Utama RTM 1. Satu usaha yang tidak sia-sia walaupun terpaksa bergegas dari satu negeri ke negeri.
Januari 2010, datang seperti biasanya tetapi bagi aku, tentu ada perubahan yang ketara.... Umur sudah tentu meningkat setahun lagi. Walau bagaimanapun, cabaran tentu sekali lebih mencabar. Pertukaran ke unit Pembangunan Industri Buku dan Keurusetiaan akam memberikan impak yang besar juga. Di tambah lagi dengan tanggungjawab sebagai pelajar sambilan PhD di UiTM. Bagiku itu bukan beban tetapi cabaran yang mesti ditempuhi. Akhirnya "kalau takut dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai"

No comments: