Wednesday, December 23, 2009

TERKENANG


44 tahun telah berlalu sejak aku meninggalkan sekolah pertamaku SJK Convent Cameron Highlands. Sangat menyedihkan kerana d situ permulaan apa yang aku perolehi sekarang. Abah yang bekerja sebagai tukang kebun di situ sering membawa aku bermain-main bersamanya sambil menguruskan taman di sekolah. Ibu bekerja di Dalat School dan akan pulang ke rumah seawal jam 5 petang. Maka dalam masa senggang begitu aku akan berlari-lari mengelilingi kawasan sekolah yang besar yang pada suatu masa dulu sebuah biara. Sister Anne, Sister Mary, Sister Martin dan Sister Joanne begitu baik kepada kami. Kami disediakan dengan sebuuah rumah bulat bekas tinggalan tentera British.

Di situ juga abah menemui 3 ketul kristal seakan-akan garam kasar yang melekat pada seketul batu tetapi kemudiannya hilang entah kemana. Di situ juga aku mengenal Teacher Mary yang garang mengajar di kelas tadika. Di situ juga aku ke sekolah tadika selama 3 tahun dan hairan kenapa aku tidak naik ke darjah satu sedangkan kawan-kawanku ku telah lama meninggalkan aku. Di situ juga aku mengenali Shamzan Idris dan adiknya Nur Sharlinda Idris - anak penghulu yang cantik dan berambut tebal ( telah pergi buat selama-lamanya dalam usia muda).

Disitu juga aku mengenali Bianca, Manimekalai, Kumar yang entah di mana lokasinya kini. Sebenarnya aku rindu semua itu. Rindu kepada kedinginan yang membalut tubuh dari pagi hingga ke petang. Rindu kepada asap yang keluar dari mulut setiap pagi menuggu bas sebelum ke sekolah.

Apa yang sebenarnya.... aku rindu kepada Abah yang tidak sempat melihat ku sekolah...

No comments: