Saturday, October 31, 2009

PHD & LITERASI MAKLUMAT


Semalam, aku dipanggil untuk temuduga bagi permohonan PHD Pengurusan Maklumat di Kampus UiTM Puncak Perdana. Mujur juga Adibah bagi pandu arah jadi tidaklah tersasar. Di tanya pelbagai soalan, apa bidang yang hendak di buat, mengapa nak buat dan yang paling best sekali provokasi tetang masa. Jawapan aku mudah... "orang yang sibuk je boleh buat, orang yang ada masa biasanya tak buat" dan mereka tersenyum. Aku optimis dengan apa yang aku katakan. Biar sibuk macamanapun sebenarnya masa itu ada cuma bagaimana kita mengatur dan terpaksa mengaturnya. Sesungguhnya bagi aku, masa akan datang dan pergi ...

Monday, October 26, 2009

Tune Hotels

Aku telah menjelajah banyak lokasi sama ada dalam dan luar negara. dan banyak sudah hotel yang aku menginap. Dalam banyak-banyak hotel aku amat terkesima dengan Tune Hotel. Ini merupakan kali kedua aku menginap. Sekali di Kuala Lumpur dan kali ini di Pulau Pinang. Memang idea kreatif mewujudkan hotel sebegini memang boleh dibanggakan. Kita bayar apa yang mahu sahaja. Soal kemewahan tolak ke tepid an perkara yang di rasa tidak perlu tidak payah di bayar. Bayangkan dengan hanya bayaran sebanyak RM147.00 aku boleh tinggal untuk 3 malam dengan kemudahan katil dan bilik setaraf 5 bintang. Realitinya kemudahan TV dan keluasan bilik tiada, tetapi bagi aku sudah memadai dengan kipas dan ruang yang kemas dan selesa. Aku tidak berminat dengan penghawa dingin dan aku tidak perlu bayar 19.00 untuk itu. Orang seperti aku lebih meminati internet, jadi aku sewa Wi Fi sekadar RM12.00 untuk 24 jam. Amat membantu sebenarnya. Tuala dan kemudahan sabun boleh disewa dengan deposit 15.00 dan duit deposit itu akan dipulangkan apabila tuala dikembalikan ke kaunter semasa daftar keluar. Senang begitu.
Tetapi, pengalaman di hotel sebegini biasanya dihuni oleh mereka yang mempunyai bajet yang ala kadar dan perangai penghuni juga berubah , ala kadar je. Malam pertama di hotel, segerombolan penghuni Cina membuat bising. Agaknya baru sampai dan mereka seperti sangat teruja menginap di hotel. Riuh rendah bersembang antara bili ke bilik. Sibuk bertanyakan alat penghawa dingin dan berbual dengan nada suara yang tinggi. Sampai larut malam. Keesokkannya pula pagi lagi dah memekak. Panggil rakan dibilik sebelah. Aku hilang sabar dan membuka pintu menegur supaya mereka jangan bising sangat.
Malam kedua agak tenang dan aku boleh tidur lena, tetapi emosi ku banyak terganngu oleh perisitwa di Cherating. Semalam aku terjaga dan tidur dan terjaga berulang kali. Apabila bersendirian aku mejadi fobia dan trauma. Malam ketiga, aku cepat padamkan lampu dan tidur selepas solat Isyak. Aku berangan untuk tidur selena mungkin kerana aku letih setelah menyampaikan ceramah di Alor Star. Malangnya dalam jam 1.30 pagi, aku dikejutkan lagi dengan bunyi bising. Kali ini bukan suara tapi seperti pergerakan lebih daripada seorang. Aku menhendap keluar pintu melalui lubang keselamatan. Terkejut juga apabila mendapati empat orang (seorang perempuan dan tiga lelaki) sedang menggunakan bahasa isyarat tetapi seperti orang sedang bergaduh. Aku membuka pintu dan memberikan isyarat Kenapa? Mereka diam sebentar. Perkara tersebut berlarutan dan aku hilang sabar kerana menggangu ketenteraman aku yang hendak tidur. Aku hubungi kaunter hadapan dan memaklumkan perkara yang berlaku. Sejurus itu pengawal keselamatan datang dan mereka beredar ke bilik masing-masing.
Aku kesian pada diri sendiri... pengorbanan terlalu banyak aku lakukan. Perjalanan yang jauh memaksa aku mengorbankan masa rehat. Emosi aku masih lagi terganggu sebenarnya. Semangat aku belum pulih sepenuhnya dan semua perkara yang aku lakukan berbentuk luaran sahaja. Dalam diri terlalu banyak yang aku fikirkan. Hanya Tuhan yang mengerti hati ini dan kenapa pelbagai insiden yang tidak di ingini berlaku. Sungguhpun begitu, terima kasih kepada Tune Hotels dan aku amat selesa menghuni di situ serta mengingatkan aku kepada Back Pack di New Zealand.

Sunday, October 25, 2009

MENULIS LAGI

Semalam yang telah berlalu dan aku kehilangan segala wadah yang telah aku coretkan sepanjang perjalanan ke New Zealand dan Eropah. Hari ini aku perlu bangkit lagi, memahat semula memori silam yang terpadam. Moga diberikan aku wadah untuk aku berkarya lagi atas kehilangan semalam yang begitu menghiris.

Saturday, October 24, 2009

KECELARUAN

Saat hati ini terasa kososng dengan kehilangan sesuatu yang amat disayangi, Tuhan masih sayangkan aku lagi. Pertamanya aku masih selamat dan penceroboh itu tidak mencederakan malah memperlakukan sesuatu yang diluar dugaan. Ada kemungkinan dalam keadaan yang terkejut dia akan mempertahankan dirinya dan sekiranya aku melawan , mungkin aku akan dicederakan.
Keduanya, dalam kekalutan peraaan, aku diberi peluang ke udara oleh Radio Bernama 24 pada jam 11.15 hingga 12.00 dan diulang siarannya pada jam 8.15; 11.15 pada 22 Okotber yang lalu. Komen yang memberangsangkan dari suami dan bonda serta beberpa rakan lain. Topik yang dibicarakan berkisar Berguru dengan Ibubapa. Terima kasih UthayaSB yang memperkenalkan aku dengan Nazira Noran.

Ketiga, dalam kekalutan perasaan, aku telah berjaya membentangkan Kertas Kerja bertajuk Designing and Developing Information Literacy Training Module to Teacher Librarian Based on The Big6 Model pada International Malaysian Educational Technology Conference IMETC 2009 di Hydro Hotel , Batu Feringhi pada 24 Oktober 2009. Aku telah mendapat membentangnya dengan baik. Terima kasih juga pada Leowenia dan Ho kerana merekalah yang menjadi editor dan perangsang untuk aku menulis dalam Bahasa Inggeris.

Keempat, pagi ini Ahad 25 Oktober 2009, aku bergegas pula ke BTPN Kedah, sebagai penceramah untuk topik Integrasi Literasi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Aku sedaya upaya menyiapkan bahan tadi malam.

Tadi malam juga aku menangis sepuas-puasnya bila terkenangkan lap top kesayanganku. Selama kehilangannya lima hari yang lepas, aku masih mampu menahan perasaan, tetapi malam tadi aku break down juga...

Sesungguhnya aku insan yang lemah dan kerdil di bumi Allah dan aku bersyukur kerana disekeliling aku ramai yang masih menyayangi aku dan memberikan semangat kepada aku untuk terus bangkit dari kejatuhan semalam...

Thursday, October 22, 2009

KEHAMPAAN DAN TERKILAN

Sesuatu yang belaku ke atas diri kita mungkin ada hikmah disebaliknya dan perlulah bersyukur kerana Allah masih sayangkan hambanya. Hari ini dan semalam , hidup dirasakan amat kosong. Aku jadi tidak menentu, fikiran bercelaru, tidak fokus dan kemurungan mula menguasai aku. Begitulah perasaan apabila benda yang sangat kita sayang dan menjadi sebahagian daripada hidup direntap keluar dari dalam diri. Aku kehilangan laptop,kamera sony dan yang paling terkilan telefon bimbit . Semua data dan maklumat yang penting hilang sudah. Segala nombor telefon kawan-kawan dan saudar mara lesap. Aku jadi bingung seketika. Hati ini tetap menyalahkan pihak Hotel yang cuai dalam urusan keselamatan tetamu. Persoalan timbul, bagaimana penceroboh boleh memasuki bilik aku . Bilik hotel sepatutnya tempat yang selamat untuk tetamu. Di mana kawalan keselamatannya. Aku tidak terkata apa-apa...

Tuesday, October 20, 2009

Cherating

Awal minggu ini berada di Risendence Inn Cherating Kuantan untuk Program Sumbangan Buku dan Pengembangan Budaya Membaca untuk negeri Terengganu.Pagi tadi juga berjumpa dengan Zuraiani dari Al Ameen untuk langkah pertama menulis mengenai LM. Semoga ia akan jadi kenyataan. Faris dari PTS juga memberikan input yang amat berguna untuk jadi penulis. Rasanya sudah tiba masanya aku beralih arah dan segala yang pernah aku tulis sebelum ini akan aku kumpulkan untuk dikongsi bersama.

Sunday, October 18, 2009

AKSESORI WANITA

Kalau ditanya apa yang wanita sukakan dan menjadi idaman? Tentu jawapannya barang kemas. Kalau dikampung aku.. lip lap lip lah rantai tangan dan gelang berselayut bila nak pergi kenduri kahwin. Kalau wanita di bandar mungkin kurang sikit. Kalau yang ada pun suka kepada fesyen moden, yang ada platinum dan fesyen yang up to date. Bagi aku... kurang berminat. Aku lebih rela membeli gajet- gajet teknologi terkini. Tak percaya... kalau buka tas tangan, alat solek agak kurang, yang ada cuma asas saja supaya tidak nampak suram. Selebihnya.. sarat dengan lap top mini, thumb drive dari 1G ada, 2G ada, 4G dan terkini 8G. Dulu ada Ipod 30G, tapi itu pejabat lama punya, so terpaksa pulangkan. Selain tu.. ada MP3 player untuk kereta, baru beli juga. Terkini aku beli kamera Sony Cyber Shot 12 pixel. Payah nak pinjam-pinjam orang punya, ada sendiri punya senang. Agak terkilan juga hari ini kerana tidak berjaya membeli Celcom Broad Band kerana Celcom tutup pasal festival. Sebenarnya, aku seperti orang tidak gosok gigi jika sehari tidak dapat melayari internet....

Friday, October 16, 2009

The 21 Irrefutable LAws of Leadership

Saya sedang membaca buku The 21 Irrefutable LAws of Leadership dan amat tertarik mengenai pelbagai persoalan dalam kempimpinan. Persembahannya menarik dan amat berkait rapat dengan realiti wlaupun persekitarannya di Amerika. Banyak sudah saya membaca buku mengenai kepimpinan, tetapi buku ini berbeza. Terima kasih Ho yang meminjamkan buku ini dan yang lucunya dia pun tak baca lagi.
Here... i like to share :
The 21 Irrefutable LAws of Leadership by John C. Maxwell

The Law of...

1. the lid - Leadership abiility determines a person's level of effectiveness
2. influence - The true measure of leadership is influence - nothing more
nothing less
3. process - leaderships developes daily, not in a day
4. navigation - anyone can steer the ship, but it takes leader to chart the course
5. additiom - leader add value by serving others
6. solid ground - true is the foudation of leadership
7. respect - people naturally follow leaders stronger than themselves
8. intuition - leaders evaluate everything with a leadership bias.
9. magnetism - who you are is who you attract
10. connection - leaders touch a heart before they ask for hand
11. the innner circle - a leader's potential is determined y those closest to him


.... bersambung masih membaca lagi

Thursday, October 15, 2009

Kerinduan dan Ketinggalan dalam entri

Wow.. lama sungguh tak menulis di entri ini, hinggakan terlupa password segala. Kesuntukan masa dan banayk berurus dengan FB serta mood yang tidak menentu membuatkan aku meninggalkan sebentar untuk entri. dalam masa kurang lebih 5 bulan meninggalkan ruang blog, banyak perkara berlaku.
Yang seronok bila dapat pergi Konvo USM , maka kini sudah ada Master dan lanjutan dari itu sebuah buku mengenainya akan muncul tidak lama lagi. Itu pasti dan rundingan mengenainya telah dilakukan.
Seterusnya, banyak program sumbangan buku telah berjalan dan salah satu dari ibadah aku untuk mereka yang memerlukan. Walaupun penat berkejar serata lokasi, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Johor, tapi aku bahagia kerana semuanya berjalan lancar. Mereka dilokasi amat membantu. Terima kasih kepada mereka. Juga terima kasih kepada saudar Uthaya kerana upload banyak maklumat mengenai program. Kalau berkesempatan lawati uthayasb.blogspot.com
Syukur kepada Illahi kerana memberikan aku kesihatan yang memberangsangkan sepanjang menjalankan tugas . Sambutan hari raya 2009 agak suam-suam kuku kerana Along pun tak balik dan pulang ke Pokok Sena dalam keadaan yang tergesa-gesa.
November ini akan ke Jakarta untuk Indonesia Book Fair bersama En. Halim dan beberapa penerbit. Kali ini Lawatan Kerja yang benar- benar Lawatan Kerja.
Sambil-sambil sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. Semoga berhasil apa yang diimpikan.
Kepada mereka yang banyak menyokong aku, terima kasih diucapkam terutama suamiku, bonda, anak-anak, En. Halim, Yik, Wee, Ho, Halimah, Soje, Shafni, Ezwan, Hj Mazlan, Uthaya, Ogy, Fadli, Sharif, Adibah , Uthaya dan ramai lagi . Jasamu di kenang