Monday, October 26, 2009

Tune Hotels

Aku telah menjelajah banyak lokasi sama ada dalam dan luar negara. dan banyak sudah hotel yang aku menginap. Dalam banyak-banyak hotel aku amat terkesima dengan Tune Hotel. Ini merupakan kali kedua aku menginap. Sekali di Kuala Lumpur dan kali ini di Pulau Pinang. Memang idea kreatif mewujudkan hotel sebegini memang boleh dibanggakan. Kita bayar apa yang mahu sahaja. Soal kemewahan tolak ke tepid an perkara yang di rasa tidak perlu tidak payah di bayar. Bayangkan dengan hanya bayaran sebanyak RM147.00 aku boleh tinggal untuk 3 malam dengan kemudahan katil dan bilik setaraf 5 bintang. Realitinya kemudahan TV dan keluasan bilik tiada, tetapi bagi aku sudah memadai dengan kipas dan ruang yang kemas dan selesa. Aku tidak berminat dengan penghawa dingin dan aku tidak perlu bayar 19.00 untuk itu. Orang seperti aku lebih meminati internet, jadi aku sewa Wi Fi sekadar RM12.00 untuk 24 jam. Amat membantu sebenarnya. Tuala dan kemudahan sabun boleh disewa dengan deposit 15.00 dan duit deposit itu akan dipulangkan apabila tuala dikembalikan ke kaunter semasa daftar keluar. Senang begitu.
Tetapi, pengalaman di hotel sebegini biasanya dihuni oleh mereka yang mempunyai bajet yang ala kadar dan perangai penghuni juga berubah , ala kadar je. Malam pertama di hotel, segerombolan penghuni Cina membuat bising. Agaknya baru sampai dan mereka seperti sangat teruja menginap di hotel. Riuh rendah bersembang antara bili ke bilik. Sibuk bertanyakan alat penghawa dingin dan berbual dengan nada suara yang tinggi. Sampai larut malam. Keesokkannya pula pagi lagi dah memekak. Panggil rakan dibilik sebelah. Aku hilang sabar dan membuka pintu menegur supaya mereka jangan bising sangat.
Malam kedua agak tenang dan aku boleh tidur lena, tetapi emosi ku banyak terganngu oleh perisitwa di Cherating. Semalam aku terjaga dan tidur dan terjaga berulang kali. Apabila bersendirian aku mejadi fobia dan trauma. Malam ketiga, aku cepat padamkan lampu dan tidur selepas solat Isyak. Aku berangan untuk tidur selena mungkin kerana aku letih setelah menyampaikan ceramah di Alor Star. Malangnya dalam jam 1.30 pagi, aku dikejutkan lagi dengan bunyi bising. Kali ini bukan suara tapi seperti pergerakan lebih daripada seorang. Aku menhendap keluar pintu melalui lubang keselamatan. Terkejut juga apabila mendapati empat orang (seorang perempuan dan tiga lelaki) sedang menggunakan bahasa isyarat tetapi seperti orang sedang bergaduh. Aku membuka pintu dan memberikan isyarat Kenapa? Mereka diam sebentar. Perkara tersebut berlarutan dan aku hilang sabar kerana menggangu ketenteraman aku yang hendak tidur. Aku hubungi kaunter hadapan dan memaklumkan perkara yang berlaku. Sejurus itu pengawal keselamatan datang dan mereka beredar ke bilik masing-masing.
Aku kesian pada diri sendiri... pengorbanan terlalu banyak aku lakukan. Perjalanan yang jauh memaksa aku mengorbankan masa rehat. Emosi aku masih lagi terganggu sebenarnya. Semangat aku belum pulih sepenuhnya dan semua perkara yang aku lakukan berbentuk luaran sahaja. Dalam diri terlalu banyak yang aku fikirkan. Hanya Tuhan yang mengerti hati ini dan kenapa pelbagai insiden yang tidak di ingini berlaku. Sungguhpun begitu, terima kasih kepada Tune Hotels dan aku amat selesa menghuni di situ serta mengingatkan aku kepada Back Pack di New Zealand.

1 comment:

Muhammad Teja said...

janganlah murung-murung sangat. lagipun, along tengok mak banyak sangat buat kerja.

apa kata ambil cuti lagi. balik penang. boleh tengok pokok-pokok membesar di tanah baru.

:D