
Di situ juga abah menemui 3 ketul kristal seakan-akan garam kasar yang melekat pada seketul batu tetapi kemudiannya hilang entah kemana. Di situ juga aku mengenal Teacher Mary yang garang mengajar di kelas tadika. Di situ juga aku ke sekolah tadika selama 3 tahun dan hairan kenapa aku tidak naik ke darjah satu sedangkan kawan-kawanku ku telah lama meninggalkan aku. Di situ juga aku mengenali Shamzan Idris dan adiknya Nur Sharlinda Idris - anak penghulu yang cantik dan berambut tebal ( telah pergi buat selama-lamanya dalam usia muda).
Disitu juga aku mengenali Bianca, Manimekalai, Kumar yang entah di mana lokasinya kini. Sebenarnya aku rindu semua itu. Rindu kepada kedinginan yang membalut tubuh dari pagi hingga ke petang. Rindu kepada asap yang keluar dari mulut setiap pagi menuggu bas sebelum ke sekolah.
Apa yang sebenarnya.... aku rindu kepada Abah yang tidak sempat melihat ku sekolah...
Hari ini pada jam 6.55 pm WIB aku kehilangan seorang rakan, meninggal dunia kerana Kanser dan pemergian beliau menyentuh hati dan perasaanku kerana ramah mesra beliau semasa aku di Bogor setahun yang lepas sukar untuk dilupakan. Seorang Teacher Libarian yang sangat tabah mengharungi kesakitan . Juga yang sangat aktif dalam APISI bersama Hanna Lataputty, Robby, Mendy, Othie dan ramai lagi sahabat di Jakarta. Setelah melalui segala kesakitan biarlah dia berehat dengan aman. Hari ini juga aku pasti Hanna dan rakan-rakan yang lain pasti bersedih dengan pemergian Stepahnie, tetapi sehingga ke akhir hayat beliau , beliau masih mampu bertahan dan menulis selembar kisah suka suka duka mengharungi kesakitan dalam blognya :


